AdSense

Friday, March 10, 2017

Cukuplah keistimewaan buat Anwar Ibrahim


Kita mesti biasa lihat situasi seperti dalam gambar ini kan...

Ahli keluarga atau kawan atau siapa-siapa sahaja yang ingin melawat banduan, hanya akan dibenarkan untuk berkomunikasi melalui telefon khas.


Situasi ini mungkin berbeza pada hari-hari tertentu (kawalan longgar) seperti hari perayaan atau seumpamaanya.


*Gambar ketika lawatan ke penjara sempena Ramadhan 25 Ogos 2011. Sumber laman web Kedutaan Malaysia ke Bangkok.

Namun sekatan ini dianggap tidak relevan bagi keluarga seorang pemimpin pro pembangkang.

Seolah-olah mahu mengheret sistem dalam penjara ke kancah politiknya.

Ibarat kata, sengaja membawa isu remeh ini ke mahkamah agar banduan tersebut dapat keluar masuk penjara. Maka itu dapatlah wartawan merakamkan gambarnya dan beliau kekal diingati.

Buatlah apa saja tetapi undang-undang tetap undang-undang. Tiada siapa boleh mengatasi undang-undang waima bergelar seorang pemimpin.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini 10 Mac 2017 yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar keputusan Pengarah Penjara Sungai Buloh yang tidak membenarkannya bersentuhan dengan ahli keluarga ketika lawatan adalah keputusan tepat.

Ahli keluarga Anwar harus sedar bahawa tiada siapa dapat mengatasi undang-undang atau ketetapan yang digariskan oleh pihak penjara.

Siapa Anwar untuk mendapat keistimewaan berbanding banduan lain? Cukup-cukuplah keistimewaan yang dinikmatinya selama ini.

No comments:

Post a Comment