AdSense

Thursday, March 9, 2017

RM3 RIBU UNTUK MAKI POLIS



Sediakan RM3,000 dan ia sudah cukup untuk seseorang mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan negara.


Fakta ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya yang menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 kepada Ahli Parlimen (PKR) Batu, Tian Chua tadi.

Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR itu didapati bersalah kerana mengeluarkan perkataan kesat yang boleh mengaibkan seorang pegawai polis tiga tahun lalu.

Beliau boleh untuk sengaja tidak membayar denda tersebut dengan alasan 'rakyat marhaen tak ada duit' dan menerima hukuman penjara selama 3 bulan sekaligus mengundang rasa simpati - 'rakyat marhaen dizalimi.'

Pemimpin Tian Chua kerap menjadi kontroversi bersama anggota keselamatan negara. Sebelum ini beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa kes pencerobahan di Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO.


Tulisan ini cuba untuk menolak sebarang fahaman politik namun individu yang bertaraf pemimpin seperti Tian Chua ini berupaya untuk mempengaruhi masyarakat lain.

Sebagai pemimpin Tian Chua sepatutnya memaparkan nilai-nilai murni dan mempraktikkan prinsip dalam Rukun Negara - Kesopanan dan Kesusilaan.

Maruah seorang anggota pasukan keselamatan yang berkorban demi masyarakat dan negara kini hanya bernilai RM3,000.

#FriendsOfKedaulatan


No comments:

Post a Comment