AdSense

Tuesday, March 28, 2017

ECRL : Kerajaan tak bazir, hanya utamakan rakyat


Bila kerajaan hendak melakukan sesuatu pembaharuan atau pembangunan untuk rakyat, ada saja pihak yang menentang dan memperlekehkannya.


Macam projek ECRL atau nama penuhnya Landasan Keretapi Pantai Timur sepanjang 620KM membabitkan peruntukkan sebanyak RM55 bilion.

Bagi pihak penentang, mereka merasakan ianya projek yang membazir. Kerajaan dituduh boros. Dan pelbagai telahan dan persepsi dimainkan semata-mata mahu menggagalkan projek tersebut.

Walhal, projek ECRL sebenarnya berupaya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat. Antaranya, menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku terutamanya pada musim perayaan.

Untuk makluman pembaca, hasil kajian dilakukan selepas kerajaan memperkenalkan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) mendapati lebih 500,000 penduduk terutamanya yang tinggal di Lembah Klang menggunakan kemudahan itu terutamanya ketika waktu puncak.

Sasaran kerajaan ialah menyasarkan kira-kira 1.3 juta penduduk akan menggunakan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan kereta api sehari.

Sedia maklum semakin ramai pemilik kenderaan di Malaysia ini sehingga kita langsung tidak menjangkakan berlakunya kesesakan lalu lintas seperti yang berlaku hari ini. Ia juga membuktikan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan baik. Sebab itu kerajaan memberi penekanan terhadap pembangunan infrastruktur pengangkutan awam di Malaysia.

Selain itu, dengan terbinanya ECRL ini maka ia sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup tempatan. Bukan sahaja peluang pekerjaan tetapi penduduk tempatan juga boleh mengembangkan ekonomi mereka dengan pelbagai cara.

Antaranya, memudahkan pelbagai produk keluaran penduduk di Pantai Timur dibawa ke Pantai Barat, terutamanya ke Pelabuhan Klang. Kemudahan itu akan menjadikan pasaran lebih kompetitif kerana kos pengangkutan rendah, selain mampu menaikkan taraf hidup penduduk.

Nampaknya kumpulan penentang kerajaan hanya tertumpu pada kos projek RM55 bilion sahaja tetapi tidak melihat kepada manfaat yang akan diterima rakyat secara keseluruhannya dalam jangka masa panjang.

Adalah lebih waras jika kumpulan penentang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional bersama pihak-pihak seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sentiasa memberi komitmen tinggi terhadap isu pengangkutan awam.

Buanglah ego yang tebal itu...

#TerimaFaktaTolakFitnah

No comments:

Post a Comment