Kalau dalam Barisan Nasional, kebanyakkan pemimpinnya setia pada satu-satu kawasan sahaja. Maknanya orang BN akan setia kepada pengundinya.
Berbeza dengan big boss DAP iaitu Lim Kit Siang yang cukup gemar berpindah-randah antara satu kawasan ke kawasan lain.
Daripada Kota Melaka, ke Petaling (Selangor), Tanjong (P.Pinang), Ipoh Timur dan Gelang Patah.
Barangkali Kit Siang suka bersikap curang dan mempermainkan para penggundi yang memilihnya sebagai wakil rakyat. Bila sudah jadi wakil rakyat, Kit Siang akan mencari 'gundik' lain.
Sebab itu tidak hairanlah wujud poster-poster dan kain rentang dihadapan pejabatnya di Gelang Patah dengan tertera tulisa 'Di mana uncle Lim'?
Kasihan pengundi Gelang Patah, wakil rakyat mereka hilang! Tiada lagi tempat untuk mereka mengadu nasib.
Calon payung terjun ditakrifkan sebagai seseorang yang bertanding di kawasan sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak menetap atau mempunyai pertalian di kawasan tersebut.
Di mana ramai pengundi Cina DAP maka disitulah beliau akan bertanding bagi menyelamatkan karier politiknya.
Sikap tidak bertanggungjawab Kit Siang yang juga Penasihat DAP itu wajar diberi pengajaran pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti.
Kit Siang perlu insaf daripada mempermainkan pengundi dan bersikap curang demi nafsu serakah peribadinya.
No comments:
Post a Comment