AdSense

Tuesday, March 28, 2017

CATATAN BUAT ABANG LORI DAN SYARIKAT


Kejadian berlaku pagi tadi, 28 Mac 2017.

Ketika penulis sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja, kaki penulis terkena sebiji batu sebesar buah strawberi.


Bagaimanapun penulis tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya sedikit kesan calar di bahagian buku lali.

Dalam masa sama penulis terlihat sebuah van nyaris melanggar seorang penunggang motosikal lain sambil membunyikan hon kenderaan berulang kali.

Rupa-rupanya cermin hadapan van yang dipandu seorang lelaki berusia lewat 30an itu retak seribu dan menghalang penglihatan pemanduannya.

Biarpun kabur penglihatan, van tersebut sedaya upaya mengejar sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia lewat 40an sebelum memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan - MRR2 Batu Caves menghala Bulatan Batu Caves.

Pemandu van : You punya batu jatuh kena cermin van saya.

Pemandu lori : Mana ada laa... Itu batu jalan punya.

Pemandu van : Ini bukan batu ka? (katanya sambil menyelak 'selimut' badan lori tersebut.

Pemandu lori : Ok-ok buat reportlah.

Penulis : Abang, pergi ambil gambar van dan lori. Kemudian buat laporan ke balai trafik sebelum buat tuntutan insurans.

Kesimpulan daripada kejadian ini, syarikat yang membawa muatan seperti batu dan seumpamanya perlulah lebih prihatin terhadap keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Penulis tidak menyalahkan 100 peratus kesalahan kepada pemandu lori tersebut. Namun sebagai pemandu kenderaan berat perlulah memastikan kenderaan yang dipandu tidak melebihi muatan dan mengundang bahaya kepada orang lain.

Barangkali pihak syarikat lori mampu membayar tuntutan insurans cermin van tersebut. Namun dapatkan mereka membayar tuntutan kehilangan nyawa?

Sumber : FB Malaysia Menjerit

No comments:

Post a Comment