AdSense

Thursday, March 23, 2017

DAP tak senang duduk, forum antarabangsa pun dipolitikkan


Apa lagi modal pembangkang dewasa ini melainkan cuba memperbodohkan rakyat dengan dakwaan-dakwaan yang bodoh.


Ada ka patut depa kata kerajaan habiskan duit untuk program selfie?


Ahli Parlimen Serdang (DAP) Ong Kian Ming nampak mempamerkan pemikiran seperti bukan seorang Ahli Parlimen. Secara tepatnya, jauh lebih teruk berbanding budak sekolah!

Pemikiran yang sempit ini wajar diberi perhatian oleh pengundi Serdang khususnya dan pengundi seluruh Malaysia amnya.

Suara Lensa petik apa yang beliau kata dan disiarkan dalam lidah rasmi DAP, RoketKini :

“Mengapa kerajaan memberikan dana untuk program yang hanya boleh dihadiri oleh orang-orang yang berpengaruh di Malaysia sedang belanjawan universiti dan hospital kita dipotong, malah rakyat dinafikan hak kepada subsidi gula dan minyak.

“Adakah ia untuk memberi peluang kepada perdana menteri mengambil swafoto dengan selebriti? Ini satu tamparan yang hebat kepada rakyat negara ini yang bermati-matian terpaksa menanggung kos sara hidup dan pemotongan belanjawan,”


Kelakar bukan... Nampak sangat MP DAP ini tidak membuat 'homework' terlebih dahulu.

Isu kitar semula sahaja yang dimainkan - kos sara hidup. Teruk sangat ke rakyat Malaysia? Setahu Suara Lensa, bos DAP Lim Guan Eng merupakan penghuni sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang. Manakala seorang anak muda PKR di Selangor selesa dibawah bumbung Disneylandnya di Ampang.

Soal pemotongan belanjawan pula.... Apa salahnya kerajaan mengamalkan dasar berjimat cermat? Nanti bila belanja lebih dikatakan kerajaan boros pula. Sedarkah MP DAP ini bahawa Najib mentadbir mengikut pegangan wassatiyyah - kesederhanaan.

Nak tanya, MP DAP ini tahu tak tujuan sebenar Forum Transformasi Global 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu?

Kenapa MP DAP ini panas punggung bila melihat gambar mesra dengan usahawan dunia seperti Jack Ma dari negara China? Bukan itu sahaja, selebriti dunia yang lain seperti Sir Richard Branson dan Usain Bolt juga dilihat mesra bergambar dengan Najib.

Pastinya ia satu tamparan hebat buat MP DAP ini. Cemburunya bukan kepalang. Lenyaplah sudah tanggapan buruk yang dilemparkan selama ini apabila tokoh dan selebriti dunia kelihatan gembira bersama Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia.

Lagi satu, kenyataan MP DAP yang memperlekehkan usaha kerajaan turut memberi tempias kepada syarikat-syarikat korporat yang lain. Sedar atau tidak bahawa forum berkenaan turut mendapat tajaan daripada Tenaga, Hong Leong Bank, YTL, MMC Gamuda, KL Kepong dan banyak lagi? Apakah syarikat korporat yang besar ini juga bodoh?

Maaf Ong Kian Ming DAP, rakyat tidak lagi bodoh mempercayai dan terima bulat-bulat apa yang keluar daripada mulut kalian. Sila cuba lagi....

Sebelum Suara Lensa menamatkan tulisan ini....

MP DAP ini mungkin tidak faham bahasa Melayu. Di sini Suara Lensa menyiarkan secara ringkas tentang forum tersebut dalam bahasa Inggeris.

The Global Transformation Forum (GTF) is the world’s singular platform for influential, global leaders to engage and share experiences and best practices on how to drive transformation.

At GTF, our stellar line-up of speakers will reveal how they’ve overcome adversity by setting seemingly impossible targets, having a clear endgame and instilling the discipline of action.

Nak baca lebih lanjut, Ong Kian Ming mungkin boleh rujuk pautan ini : http://globaltransformation.com/

Selamat mengulangkaji YB...

No comments:

Post a Comment