'Walking On The Edge' - merupakan satu kolum yang disediakan untuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai oleh akhbar berbahasa Inggeris paling popular di Malaysia iaitu The Star.
Dengan adanya kolum ini maka suara Liow dilihat berupaya mengimbangi suara-suara negatif yang biasanya dikeluarkan oleh pemimpin DAP menerusi media cetak mahupun elektronik.
Bagi Liow, kenyataannya sering kali disalahtafsir oleh sesetengah pihak. Namun dengan adanya kolum ini maka beliau berupaya untuk menyiarkan kenyataannya secara lengkap terus kepada pembaca.
Sedia maklum, kebanyakkan pemimpin pembangkang terutamanya DAP menggunakan media cetak dan elektronik pada tahap maksima semata-mata mahu menabur dan menyuntik persepsi negatif terhadap kerajaan pemerintah, Barisan Nasional (BN).
Lihat saja Roket Kiini dan seumpamanya - berapa banyak sangat ruang yang disediakan untuk wartawan mereka? Ini kerana, mereka banyak menyediakan kolum untuk pemimpin mereka sendiri.
Inilah kebebasan media bagi mereka - pemimpin parti menguasai sepenuhnya hak dan kebebasan bersuara biarpun kadangkala melanggar undang-undang dengan tulisan berbaur fitnah dan menghasut rakyat.
Tidak seperti DAP, 'Walking On The Edge' akan memaparkan tulisan yang lebih bermanfaat dan berilmiah buat tatapan pembaca. Liow sebagai orang politik yang berpengalaman pastinya akan berkongsi sesuatu yang menarik berhubung isu-isu semasa dan kementerian kendaliannya iaitu Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Secara tidak langsung, orang ramai akan dapat mengikuti perkembangan semasa secara khusus tentang Liow selaku Presiden MCA, Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Bentong.
Apakah perancangan, pendapat dan suara Liow? Ikuti kolum 'Walking On The Edge' dalam The Star.
#TerimaFaktaTolakFitnah
No comments:
Post a Comment