AdSense

Wednesday, March 22, 2017

Anti Islam, rasis dan diktator : Kit Siang cuba alih isu pula


Tanpa berselindung, Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa sekali lagi dengan lantang menyatakan bahawa Lim Kit Siang sebagai pemimpin yang anti Islam sementara DAP sebuah parti rasis dan diktator.


Dalam masa sama Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO itu mencabar Kit Siang supaya menyamannya berhubung perkara berkenaan.

Kalau berani, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dan Penasihat DAP itu sepatutnya mengambil pendirian untuk membela dirinya dengan menyaman Annuar.

Namun apakan daya, Kit Siang hanyalah seorang pemimpin yang hanya berani berkokok diluar gelanggang. Beliau bukan sahaja takut untuk menyaman Annuar malah cuba mengalih isu pula.

Kenyataan terbaharu Kit Siang ialah mencabar Annuar pula untuk menyamannya.

Apa sudah jadi? Sepatutnya Kit Siang hanya mengatakan YA atau TIDAK sahaja (saman Annuar). Nampak sangat Kit Siang tidak berani dan hanya pandai mengubah tajuk saja.

Setakat hari ini, bekas sekutu Pakatan iaitu PAS sudah sedar tentang sifat sebenar Kit Siang dan DAP. Bilakah pemimpin-pemimpin PKR, PAN dan PPBM akan mula buka mata?

No comments:

Post a Comment