AdSense

Sunday, January 22, 2017

Rakyat Selangor tak minat dengar ceramah politik Pakatan Harapan


Hari-hari berkempen... hari-hari adakan ceramah politik. Itulah aktiviti puak pembangkang. Tidak terkecuali negeri Selangor. Walaupun mereka memerintah kerajaan negeri, tetapi aktiviti malam ini tidak pernah gagal diadakan.


Misi mereka sudah tentu Putrajaya. Maka tidak hairanlah penganjuran ceramah politik diadakan saban malam.

Semalam, parti DAP, PKR, PAN dan PPBM mengadakan ceramah bersama di Kampung Bahtera, Sri Gombak.

Menurut maklumat yang diperolehi, ceramah yang sepatutnya diadakan pada jam 9 malam terpaksa dianjakkan kepada 9.30 malam atas sebab yang tidak dijelaskan.

Manakala format ceramah juga ditukar kepada forum. Tiada doa, tiada Negaraku, majlis dimulakan dengan pertanyaan, 'Ada apa-apa nak tanya tak?'

Difahamkan, majlis ini BERJAYA menarik kehadiran seramai 80,000 kuman dan habuk. Manusia pula hanya dihadiri 30 orang. Itu pun majoriti ahli-ahli parti sahaja.

Sedia maklum Kampung Bahtera dan sekitar Sri Gombak dikuasai oleh PAS.

Hasrat penganjur yang membawa penceramah seperti pemimpin PAN, Khalid Samad (dapat mandat atas tiket PAS), MP Melayu dari Raub (DAP), ADUN PKR dan budak suruhan Mahathir (tukang bawa borang ahli PPBM) nampaknya gagal memberi keterujaan penduduk tempatan.

Lihat saja gambar di atas, masih kelihatan kerusi kosong dan bertindih tinggi biarpun majlis sudahpun bermula.

Mesej ini jelas menunjukkan bahawa walaupun ceramah politik ini diadakan dalam negeri Selangor tetapi ia semakin dipinggirkan rakyat seolah-olah Pakatan Harapan ini bukan kerajaan pemerintah negeri!

No comments:

Post a Comment