AdSense

Saturday, January 21, 2017

Motif Mahathir serang MCA


Sejujurnya, pihak editorial Suara Lensa berasa simpati terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat semakin hilang jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan. Lebih dahsyat, menunjukkan pengertian salah berhubung prinsip Rukun Negara yang kedua dan kelima iaitu - Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kesopanan dan Kesusilaan.

'Jika dituduh penderhaka, biarlah'

Apakah ini satu contoh yang baik untuk generasi hari ini dan akan datang?



The Malay Mail Online
Malaysiakini

Penulis tidak berminat untuk mengulas tentang permasalahan Mahathir dengan istana. Apa yang ingin penulis sampaikan dalam artikel ini ialah mengenai strategi Mahathir bagi menyelamatkan karier politiknya, anak-anak dan kroni.

Kuasa veto

Ramai yang tahu Mahathir gemar menggunakan kuasa vetonya. Tanpa berbincang, beliau akan bertindak mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Maka tidak hairanlah apabila kenyataannya baru-baru mengundang kontroversi sesama sekutu.

Kononnya mahu menggambarkan bahawa sekutunya DAP tidak pernah bercita-cita menduduki kerusi Perdana Menteri sekiranya pasukan pembangkang berjaya merampas Putrajaya. Namun kenyataan terburu-buru dan mengamalkan kuasa veto, Mahathir mengatakan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Ia bagaimanapun dinafikan sendiri oleh Lim Guang Eng (anak big bos DAP, Lim Kit Siang). Nampak di sini, Mahathir menggunakan kuasa veto dan merasakan beliau adalah seorang Ketua Pembangkang sekaligus menyingkirkan Kit Siang dan anak; Anwar Ibrahim, anak dan isteri; Mat Sabu dan Salahudin.



U-Turn

Hari demi hari, kita dapat menyaksikan kenyataan-kenyataan U-Turn Mahathir. Semalam cakap lain, hari ini pula lain dan begitulah seterusnya. Ada yang berpendapat beliau sering kali lupa dengan apa yang pernah diperkatakan memandangkan faktor usia yang melebihi 90 tahun.


Manakala ungkapan popularnya 'Melayu Mudah Lupa' kembali menjadi sebutan dan terpalit ke muka sendiri. Ada juga dikalangan rakyat yang mencipta ungkapan baharu tetapi seakan sama iaitu, 'Mamak Mudah Lupa'

Tuding jari

Semua manusia salah, hanya dirinya saja yang betul. Sejurus gagal menggunakan kuasa veto dan menfitnah sekutu sendiri DAP, Mahathir pantas menekup kedua belah tangannya ke muka bagi menutup malu.

Dalam masa sama jari jemarinya juga pantas menuding kepada orang lain. Isu jawatan Timbalan Perdana Menteri pada PRU14 dihalakan pula ke arah MCA iaitu sebuah parti terbesar yang menjadi pilihan masyarakat Cina.


Jika difikirkan secara waras, MCA sudah lama bersama-sama di dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) namun tidak sesekali wujud mengenai perebutan jawatan dalam pentadbiran.

Bahkan MCA tidak mahu memegang apa-apa jawatan dalam kabinet sekiranya tidak berjaya dengan cemerlang pada pilihan raya dulu. Ini sudah membuktikan bahawa MCA tidak kemaruk kuasa sepertimana yang cuba digambarkan oleh Mahathir.
Utusan Malaysia

Pecah dan perintah

Strategi ini mungkin sinonim dengan pemerintah Rom Caesar dan maharaja Perancis Napoleon. Pelbagai pihak menjadikannya sebagai rujukan dan panduan. Cuma, samada bagi tujuan baik atau sebaliknya. Memperjuangkan negara dan rakyat atau kepentingan peribadi.

Antara unsur yang terkandung di dalam konsep pecah dan perintah ialah :

  • Mewujudkan atau menggalakkan perpecahan di antara kelompok masyarakat.
  • Menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang sanggup untuk bekerjasama dan menjalinkan hubungan.
  • Mendorong sikap saling tidak percaya dan permusuhan dalam kalangan pemerintah tempatan.

Jelas di sini Mahathir terlupa bahawa hari ini kita sudah pun melangkah ke tahun 2017 dan sudah tentu, politik perkauman tidak dapat diterima sama sekali.

Jika sebelum ini Mahathir berjaya memecah belah orang Melayu dengan tertubuhnya Parti Peribumi Bersatu (PPBM), hari ini beliau seperti mahu memecah belahkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Mungkin selepas ini beliau akan menyerang orang India, Orang Asli dan kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak?

Mahathir yang juga bapa kepada orang kuat nombor dua dalam parti ciptaanya PPBM, iaitu Mukhriz, mungkin terlupa bahawa tindak tanduk ala diktatornya dan kronisme 22 tahun lampau tidak sesuai untuk dipraktikkan pada hari ini.

Baru saja bergabung dalam pasukan pembangkang, Mahathir sudah menunjukkan dirinya sebagai seorang 'pemerintah'. Barangkali pengalamannya sebagai bekas Perdana Menteri dijadikan 'resume' ketika menyertai pasukan pembangkang.

Apa saja demi nafsu

Sedia maklum, Mahathir berada dalam situasi terdesak di dalam memilih 'pasukannya' bagi menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hendak diharapkan PPBM itu mustahil. Lihat saja semasa hari perasmiannya di Shah Alam pada 14 Januari lalu, hendak menguasai satu kerusi Parlimen pun belum tentu!

Sebab itu parti DAP yang menjadi musuh nombor satunya ketika dahulu kini menjadi talian hayatnya. Biarpun air liur yang diludahnya terpalit di batang hidung sendiri, Mahathir tetap berlagak macho seperti tiada apa yang berlaku. Bagai insan yang baharu lahir - bersih dan bebas daripada dosa.

Kami di Suara Lensa percaya bahawa majoriti pemimpin pembangkang akan melihat 'tulisan' Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tatkala memandang wajah ahli baharu mereka, Mahathir Mohamad.

Ditambah pula kenyataan Mahathir yang semakin hari semakin 'memeningkan'. Bagaimanapun kami amat berharap bahawa Mahathir dan partinya PPBM akan terus kekal di dalam pasukan pembangkang sampai bila-bila.




2 comments:

  1. MCA dan DAP sama saja....kutuk2 lah mahathir banyak2....aku dengar dan analisa fakta bukan emosi

    ReplyDelete
  2. Julius Caesar berperang demi Rome.
    Napoleon Bonaparte berperang demi Peranchis.

    Keling yahudi kerala berperang demi kekayaan keluarga dan kroni2...pppptttuuuiiihh!

    ReplyDelete