AdSense

Friday, January 20, 2017

BN bagi manfaat untuk rakyat, DAP bantah.


Pembangkang mula kelam kabut apabila tiada lagi isu yang boleh dimainkan bagi memburuk-burukkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN). Hinggakan terpaksa memainkan isu kitar semula seperti 'Belt and Road' iaitu salah satu program bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.


Sedia maklum, program tersebut merupakan jalinan kerjasama Malaysia - China bagi tujuan menarik minat pelabur asing dan membuka peluang perniagaan di Malaysia. Untuk makluman pembaca, ianya telah ditandatangani pada awal Disember 2016 yang lalu.

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada ekonomi negara dan menjadi penghubung kepada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Selain itu, ia juga menghubungkan Malaysia-China baik melalui darat mahupun laut sebagai usaha menceburi pasaran Asia dan Eropah.

Dalam masa sama, MCA turut melancarkan Pusat Belt and Road MCA (Mbrace) iaitu sebuah laman web yang dijadikan platform untuk berkongsi maklumat, membantu komuniti usahawan tempatan dan penghubung kepada peluang perniagaan antara Malaysia dan China.

Malangnya, pihak pembangkang di Malaysia khususnya DAP masih ditakuk lama dan terperangkap di dalam kotak gelap.

Kenyataan Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong yang disiarkan di akaun Facebook miliknya pada Rabu baru-baru ini dilihat memperlekeh usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara.

Bagi Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pemimpin dikalangan parti DAP sewajarnya tidak menentang sebarang perancangan yang memberi manfaat kepada rakyat hanya kerana ia diusahakan oleh BN.

Tambah Wee Ka Siong yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen BN Ayer Hitam itu, MCA tidak akan membantah DAP sekiranya mereka mengusahakan sesuatu yang baik kepada rakyat.

Inilah bezanya parti MCA yang lebih profesional berbanding DAP yang kelihatan seperti parti kebudak-budakkan. Tidak menyokong usaha baik hanya kerana ia datang daripada parti lawan!

Walhal, Belt and Road ini merupakan cabang atau satu penerokaan pasaran ekonomi yang lebih luas. Maka tidak hairanlah ia disertai oleh kira-kira 4.4 bilion peserta daripada 65 buah negara!

Apa yang jelas di sini ialah, DAP benar-benar ketandusan isu untuk menyerang MCA dan BN. Senario ini menyedarkan masyarakat bahawa perjuangan DAP dan parti-parti pembangkang sekadar memperlekeh usaha kerajaan pemerintah yang bersandarkan emosi semata-mata.

#BarisanNasional

No comments:

Post a Comment