Friday, January 20, 2017

#TN50 : Tiada lagi DIKTATOR


Zaman sudah berubah.... Dahulu halatuju negara hanya ditentukan oleh pemerintah tetapi bermula semalam, ia akan dicorakkan oleh rakyat sendiri.


Transfomasi Nasional 2050 (TN50) merupakan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak demi masa depan golongan muda hari ini.

Semalam berlangsung Dialog Perdana TN50 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sesi dialog tersebut dilihat berjalan lancar dan padat dengan pandangan bernas.

Idea TN50 ini datang daripada Najib dan dibantu secara khusus oleh Kementerian Belia dan Sukan yang dipimpin oleh Menterinya, Khairy Jamaluddin ternyata mendapat sambutan positif dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya golongan belia.

Kata Najib sebelum ini, TN50 akan digerakkan oleh generasi muda pelbagai kaum melalui wacana-wacana nasional seperti diputuskan Kabinet bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu.

Nah! Malaysia kini berada dilandasan tepat. Tiada lagi istilah diktator. Yang ada hanyalah proses demokrasi yang pastinya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

#TN50

MEMBINA MASA DEPAN BERSAMA - Klik

No comments:

Post a Comment