Saturday, January 7, 2017

MCA sudah tukar presiden 10 kali. DAP?


Ini bukan tulisan main-main. Tapi ini tulisan yang bersandarkan kepada fakta.


Sesiapa yang menjadi ahli atau menyokong dan bersekongkol dengan DAP seharusnya bertanyakan kepada diri sendiri soalan mudah, siapa 'pemilik' parti ini yang sebenarnya?

Sejak ditubuhkan, hanya muka sama sahaja yang menguasai parti - Lim Kit Siang.

Bak kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, DAP adalah sebuah parti Sdn Bhd yang dikuasai anak beranak.

Kata Tiong Lai, DAP adalah sebuah parti yang tidak berprinsip dan tiada demokrasi. Apa yang ada ialah 'Lim Kit Siang & Son Sdn Bhd'. Satu syarikat bapa dan anak bagi meneruskan legasinya turun temurun.

Senario ini jauh berbeza dengan sebuah lagi parti yang dekat dengan masyarakat Cina iaitu MCA. MCA yang juga sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) ini sudahpun bertukar kepimpinan presiden sebanyak 10 kali.

Sekaligus membuktikan bahawa MCA adalah sebuah parti yang demokrasi dan relevan setakat ini berbanding DAP.

Sementara ketika mengulas tentang sikap Kit Siang yang suka sangat menukar kawasan bertanding dalam pilihanraya, Tiong Lai mengatakan bahawa ia sememangnya cara Kit Siang sejak dahulu lagi.

Beliau memang suka lari kawasan ke kawasan yang lain. Untuk apa? Itulah cara beliau untuk mengelakkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat atau pengundi yang memilihnya.

Oleh yang demikian, rakyat seharusnya sedar dengan kelakuan buruk Kit Siang dan DAP. Tiada apa manfaatnya jika terus tersalah memilih DAP sebagai wadah perjuangan. Ia hanya menguntungkan si bapa dan anaknya sahaja.

MCA adalah parti yang lebih baik berbanding DAP. Lihatlah sekeliling dan akuilah kebenaran ini. Ya, ambillah masa anda. Belum terlambat untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment