Sunday, January 8, 2017

10 SEBAB kenapa pembangkang benci transformasi pengangkutan awam


Mesti ramai yang pelik dan hairan mengapa kumpulan pembangkang seringkali mengkritik setiap pembaharuan atau penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia bukan? Walhal apa yang dicadang / dilaksanakan itu memberi manfaat kepada pengguna dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya....

Jom lihat sebab-sebab kumpulan pembangkang terus menyerang transformasi pengangkuta awam ini.


1. Serangan perkhidmatan pengangkutan awam yang dilakukan oleh orang kuat PKR, Rafizi Ramli adalah bagi menafikan keyakinan orang ramai yang semakin yakin serta berpuas hati terhadap kejayaan yang dilaksanakan.

2. Tidak dapat dinafikan bahawa kawasan Lembah Klang memerlukan transformasi dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam bagi menjadi sebuah bandar kelas dunia. Apabila kerajaan memutuskan inisiatif untuk memajukan pengangkutan awam pada tahun 2010, pembangkang telahpun menyedari bahawa pengundi bandar mereka pasti akan menyokong kerajaan. Pembangkang sudah mula takut!

3. Pembangkang memulakan agenda anti-inisiatif pengangkutan awam sejak dari itu (2010). Ramai juga pertubuhan penduduk terpedaya apabila turut bersama-sama menentang pembangunan pengangkutan awam di kawasan mereka. Namun hari ini, mereka sendiri terpaksa mengakui dan menerima manfaat daripada pembangunan yang diusahakan kerajaan.

4. Projek MRT umpamanya, MRT Corp berjaya membuktikan bahawa projek mega itu adalah sebuah projek yang telus dan transparen apabila dapat mengurangkan kos sebanyak RM2bilion berbanding kos anggaran iaitu RM23bilion. Untuk makluman pembaca, projek MRT ini dilaksanakan oleh syarikat tempatan yang menyertai program 'Technological Technical Transfer'. Ilmu mereka setanding dengan pakar dunia!

5. Hakikatnya, ia benar-benar berjaya dalam mentransformasikan perkhidmatan pengangkutan awam. Bukan sahaja menambahbaik mobiliti orang ramai tetapi juga membina lebih banyak pembangunan dan meningkatkan taraf bidang kejuruteraan menjadi lebih tinggi. Jangan tidak tahu, ia telah membuka sebanyak 130,000 peluang pekerjaan!

6. Pembangkang juga sering menyerang syarikat Prasarana. Iaitu antara syarikat yang banyak menjayakan usaha mentransformasikan pengangkutan awam selain Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pembangkang sebenarnya tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu bahawa nilai ekonomi dan sosial sepertimana yang diuruskan oleh Prasarana pada dasarnya memberi perkhidmatan untuk rakyat. Sama juga dengan London Tube yang diuruskan oleh TFL, mereka masih memerlukan subsidi £3 Billion setahun sebagai objektif utama untuk mobilasi awam dan pengembangan ekonomi di bandar London.

7. Setiap perkhidmatan pengangkutan awam yang bagus memerlukan masa panjang untuk direalisasikan. Biasalah, tidak semuanya sempurna namun secara tidak sedar ia sebenarnya adalah satu proses ke arah lebih baik.

8. Apa yang pembangkang masih lagi gagal memahami ialah, setiap perkhidmatan pengangkutan awam mementingkan soal jadual pergerakan. Dari pagi, waktu puncak hinggalah kepada penumpang terakhir di waktu malam. Ia perlu beroperasi dengan baik dan lancar. Bukannya hanya memilih waktu-waktu tertentu sahaja.

9. Persoalan terbesar yang berlegar-legar pada ketika ini ialah, apakah penyelesaian terbaik yang disuarakan pembangkang bagi menangani isu pengangkutan awam ini? Adakah mereka menjanjikan apa-apa bagi menambahbaik dan membangunkan perkhidmatan bas atau tren ketika berkempen pada pilihanraya yang lepas? Atau mereka hanya sibuk 'memperjuangkan' penurunan harga kereta dan menjanjikan tol percuma kepada rakyat!

10. Apa yang jelas, serangan daripada pembangkang terutamanya daripada Rafizi sebenarnya membuktikan bahawa mereka begitu takut sokongan masyarakat beralih arah kepada kerajaan yang komited membela nasib mereka (rakyat) tanpa mengira latarbelakang politik.

Justeru itu, mesej buat pembangkang...

Sudah-sudahlah menyerang sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat. Jadilah hero yang bermaruah, bukannya menjadi hero yang sanggup menafikan sesuatu kebaikan demi kepentingan peribadi.

Pentaksub dan mereka yang terpedaya dengan pembangkang, masih belum terlambat untuk berpatah kembali ke jalan yang benar. Apa guna menipu diri sendiri sedang kita menikmati sesuatu?

No comments:

Post a Comment