AdSense

Saturday, January 7, 2017

Shahrir Pengerusi FELDA ganti Mohd Isa


Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad diatas perlantikan sebagai Pengerusi FELDA.


Tan Sri Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi FELDA.

Manakala Tan Sri Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Memetik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Shahrir mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pentadbiran kerajaan.

Untuk makluman pembaca, Tan Sri Shahrir pernah menjadi Menteri di tiga kementerian sebelum ini. Bahkan beliau turut pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Jangan tak tahu, PAC adalah pihak yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan.

Hmmm, sekarang pun sudah banyak penjawat awam berpangkat tinggi berjaya diberkas akibat gejala rasuah. Bukanlah hendak menuduh, tetapi sejak Najib jadi PM ni, gejala rasuah diperangi cukup-cukup! Malaysia hari ini bukan macam dulu. Siapa lagi berani main rasuah sekarang?

Apa-apa pun, Suara Lensa 'sebulu' dengan Najib,

"Dibawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka dan perniagaan FELDA."

Terima kasih TS Mohd Isa, tahniah dan selamat menjalankan amanah, TS Shahrir.

No comments:

Post a Comment