AdSense

Wednesday, November 23, 2016

Pengendali ganti bas lama dengan yang baharu


Tepat sekali pilihan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memberikan Anugerah Pengendali Terbaik bagi kategori Bas Ekspres kepada pengendali Ekspres Perdana pada bulan Oktober baru-baru ini.


Ini kerana pengendali yang dinaungi syarikat Tiara Pesona Sdn Bhd (TPSB) itu dilihat terus menyahut saranan SPAD dalam memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa buat para penumpang.

Sememangnya 'Selamat dan Selesa' itu merupakan slogan yang digunakan oleh TPSB dan setiap pengurusan mereka.

Sebab itu pihak syarikat akan menukar kenderaan mereka yang berusia lebih daripada lima tahun.

Pada 10 November baru-baru ini, pihak TPSB ada mengumumkan pembelian sembilan buah bas baharu dengan membelanjakan kos sebanyak RM8 juta.

Untuk makluman pembaca, kesemua bas itu diimport dari Eropah iaitu jenama Scania dan MAN yang diakui terbaik di dunia.

Sejak tujuh tahun beroperasi, purata pengguna Ekspres Perdana mencecah seramai 70,000 orang sebulan dengan kapasiti 62 bas.

Sementara aspek keselamatan pula, TPSB mengawal dari segi kelajuan enjin iaitu hanya dihadkan 90 kilometer sejam dan setiap bas turut dilengkapi Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS).

Oleh yang demikian, pengendali-pengendali bas yang lain wajar mencontohi TPSB dalam meletakkan tahap keselamatan dan keselesaan buat para penumpang pada tahap paling tinggi.

No comments:

Post a Comment