Wednesday, November 23, 2016

WAJIB ADA ISOFIX dalam kereta


Seorang kenalan penulis yang berada di London pernah menceritakan bagaimana ketatnya pengawalan membabitkan anak-anak di sana.

Setiap kanak-kanak dijaga dengan begitu rapi bagi mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Baik dari sudut kesihatan mahupun keselamatan.


Tidak hairanlah jika pernah viral sebelum ini mengenai 'tempat letak bayi' di dalam tandas. Itu sudah cukup menggambarkan bahawa keselamatan anak-anak kecil menjadi keutamaan dan isu penting.

Menyentuh tentang keselamatan si kecil, pihak kerajaan dilaporkan akan memastikan semua kenderaan penumpang di Malaysia mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, mulai tahun ini, kementerian mewajibkan semua pengeluar kereta di Malaysia dan kereta import supaya mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX) di dalam kereta.

Pemilik kenderaan lama mempunyai masa yang mencukupi untuk memasang ISOFIX.

Sedia maklum, semua kenderaan baharu buatan tempatan dan import mulai tahun ini sudahpun / akan mempunyai ISOFIX yang dipasang di tempat duduk belakang.



ISOFIX adalah kemudahan sambungan kerusi kanak-kanak yang boleh disambungkan dengan kerusi kenderaan dengan mudah dan lebih selamat.

Selepas pada itu kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan itu atau Sistem Sekatan Kanak-Kanak (CRS) menjelang tahun 2019.

Inilah kerajaan pemerintah yang tidak sesekali memandang ringan tentang soal keselamatan kanak-kanak. Keputusan kerajaan ini bukan sahaja wajar disambut baik tetapi juga harus dipuji.

Jangan pula ada pemimpin dan pentaksub pembangkang yang mengatakan keputusan ini hanya menguntungkan kroni pembuatan atau pengilang pula. Takkan soal keselamatan kanak-kanak pun hendak dipolitikkan?

No comments:

Post a Comment