Kecoh pasal Seminar Pemikiran Dato' Sri Anwar Ibrahim yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah seliaan EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad.
Sementara pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula dipersalahkan.
Sedarilah apa yang berlaku sebenarnya.
Kerajaan Negeri Selangor menggunakan kuasa yang ada bagi memperkudakan institusi agama di Selangor, JAIS.
Kasihanilah JAIS kerana mereka tiada kuasa untuk melawan kerajaan negeri. Walaupun sebelum ini Sultan Selangor pernah menitahkan bahawa mana-mana unsur politik tidak boleh sama sekali dibawa masuk ke dalam institusi agama di negeri itu.
Apa boleh buat, JAIS hanya sekadar kuda atau kambing hitam yang digunakan dengan baik oleh kerajaan negeri pimpinan PKR.
Sehinggakan kerja-kerja menjemput peserta juga diletakkan dibahu JAIS. Bertebaranlah surat jemputan dihantar kepada guru-guru agama.
Surat rasmi dihantar bagi mengarahkan guru dari Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz pada 28 November ini.
Pasti mereka berasa hairan, kenapa pesalah liwat diangkat sedemikian rupa?
- Apakah kesalahan liwat hanya isu ringan?
- Adakah mahkamah tidak telus?
- Wajarkah ingkar titah Sultan?
Memetik kenyataan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, JAIS sepatutnya lebih peka dan mengambil kira latar belakang Anwar Ibrahim yang mana Ketua Umum PKR itu ketika ini dipenjara setelah didapati bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya dan ini sahaja sudah cukup dijadikan pertimbangan mengenai masalah moralnya sebelum ini yang tidak sejajar dengan ajaran Islam.
Tambahan pula, Anwar juga dikaitkan dengan pendiriannya sebelum ini yang menyokong kepada bentuk pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti fahaman liberalisme dan pluraslime termasuklah menyokong amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Kesemua bentuk pemikiran dan amalan sedemikian jelas difatwakan sesat dan haram di Selangor.
Inilah wajah pemimpin kerajaan negeri Selangor. Itu baru menguasai kerajaan negeri. Apakah mereka akan menganjurkan Seminar Pemikir Chin Peng sekiranya memerintah Malaysia?
No comments:
Post a Comment