AdSense

Saturday, November 26, 2016

Jadi orang tengah, bukti MCA parti relevan


Teringat kisah pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kerajaan berhubung sumbangan hadiah buat atlit sukan negara sebelum ini.


Pentaksub pembangkang juga tidak melepaskan peluang membalun kerajaan dengan mengatakan bahawa sumbangan yang berikan pihak kerajaan kepada atlit sukan sebagai berlebih-lebihan.

Ada juga yang mendakwa sumbangan untuk atlit dalam sukan olimpik tidak sama dengan paralimpik.

Hakikatnya semua tuduhan tersebut hanya sekadar tuduhan. Biasalah pembangkang, apa saja yang dibuat kerajaan pasti tidak betul...

Masih lagi menyentuh tentang jasa dan pengorbanan para atlit Malaysia...

Pada Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini, pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memenangi pingat perak dalam final badminton beregu campuran.

Peng Soon dan Liu Ying bukanlah atlit harapan dalam temasya itu tambahan pula mereka berdepan kesukaran ketika dalam perjalanan menuju Sukan Olimpik Rio.

Salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan lutut sehingga terpaksa dibedah dan berehat panjang. Namun pasangan ini bangkit sehingga berjaya memasuki final.

Walaupun merangkul pingat perak namun pasangan ini sudah melakukan yang terbaik dan membanggakan Malaysia.'

Disebalik suka duka ini, Chan Peng Soon yang juga ayah kepada dua anak ini mempunyai kisahnya tersendiri.

Beliau juga merupakan rakyat Malaysia yang berdepan dengan kesukaran memiliki rumah sendiri.

Sebelum ini media pernah melaporkan Peng Soon sukar untuk memiliki rumah sendiri di Pulau Pinang berikutan harga yang terlalu tinggi.

Berita itu kemudiannya diambil serius oleh syarikat pemaju hartanah Global Oriental Berhad (GOB).

GOB seterusnya berhubung dengan MCA untuk menghadiahkan satu unit Galleria Service Apartment, Equine Park yang berharga RM474,200 kepada Peng Soon.

Majlis gimik penyerahan kuncic dibuat di ibupejabat MCA pada 10 November yang lalu.

Ia turut dihadiri oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Bendahari Tan Sri Kwan Peng Soon yang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pengarah Projek GOB CP Tan dan Chan Peng Soon.

Tahniah buat Peng Soon dan keluarga.

Bagi penulis, usaha yang dilakukan GOB adalah sesuatu yang harus dicontohi. Manakala peranan MCA sebagai orang tengah antara atlit atau rakyat dengan syarikat korporat membuktikan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) tetap relevan pada hari ini. Ia sekaligus menafikan dakwaan tidak berasas yang sering dilemparkan kepada MCA khususnya dan BN secara amnya.


#ChanPengSoon #GlobalOrientalBerhad #MCA #BarisanNasional

1 comment:

  1. Tapi ramai ahli2 MCA tu pakai baju kuning semasa demonstrasi bersih tu apa maknanya? Mereka ini pun x boleh dipercayai.

    ReplyDelete