AdSense

Saturday, November 26, 2016

SPAD buka peluang kerjaya


Pengangkutan awam darat hari ini semakin menjadi bualan ramai berikutan rancaknya perancangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Sejak ditubuhkan pada 2010, SPAD terlibat dalam beberapa siri projek pengangkutan awam darat yang bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan mobiliti untuk rakyat.

Ini termasuk projek-projek rel yang dinanti-nantikan seperti MRT Laluan 1, 2 dan 3, Projek Sambungan Laluan LRT (LEP), LRT 3, Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura serta usaha-usaha menaik taraf bas henti-henti di Semenanjung Malaysia melalui program myBAS dan inisiatif Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR).


"Sertai kami bersama-sama 954 warga SPAD dari 15 cawangan di seluruh Malaysia! SPAD sentiasa mencari individu yang berpotensi untuk memajukan negara dan yang ingin berkhidmat untuk rakyat.

"Terdapat pelbagai peluang kerjaya di SPAD termasuk jawatan jurutera, penggubal dasar, komunikator dan pakar-pakar pengangkutan awam darat di SPAD, sama ada di cawangan atau pun di lokasi projek. Anda boleh menjangkakan satu kerjaya yang unik serta peluang untuk membuat perubahan kepada ekosistem pengangkutan awam darat Malaysia dengan berkhidmat di SPAD."

Bagi setiap kerjaya, terdapat syarat-syarat kelayakan yang merangkumi segi pendidikan, pengalaman kerja, kepakaran teknikal dan ciri-ciri peribadi yang menarik.


Jika anda berminat dalam bidang industri pengangkutan awam darat yang ingin diceburi serta kerjaya yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara, sila hantarkan permohonan anda dan sertai kami bagi membina sistem pengangkutan awam pada masa hadapan yang lebih baik.

Jika anda seorang pelajar institut pengajian tinggi dan ingin menjalankan latihan industri, sila hantar permohonan anda kepada: career@spad.gov.my

No comments:

Post a Comment