Hari ni kecoh pasal anak muda Pasir Salak yang menyerang MP Shah Alam Khalid Samad di Parlimen. Antara yang terlibat, anak Timbalan Menteri. Sebabnya perkataan 'sial' yang dikeluarkan oleh Khalid dalam Dewan Rakyat.
Sebelum ni kecoh pasal anak Pengerusi Bersih Maria Chin. Anaknya mengatakan bahawa ibunya bukan seorang pengganas dan tidak sepatutnya disiasat di bawah SOSMA. Demi ibu tersayang, anak ini menafikan tindakan pihak polis yang mahu memelihara keamanan dan keselamatan awam.
Lama dulu kita lihat bagaimana Nurul Izzah sanggup berhujan panas bagi membebaskan bapanya Anwar Ibrahim. Paling menarik melihat beberapa keping gambar yang pernah menjadi kontroversi sebelum ini - Izzah, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III dan plakad 'bebaskan Anwar'.
Kesimpulannya, anak-anak ini hanya menunjukkan bagaimana mereka sayang kepada bapa / ibu sendiri mengikut cara / tindakan mereka sendiri.
Mungkin MP Pasir Salak, Tajuddin tidak wajar sentuh MP Seputeh DAP Teressa Kok sehingga menyebabkan panglima Khalid mengeluarkan perkataan sial dalam Dewan Rakyat.
Mungkin Maria Chin tidak perlu untuk menganjurkan Bersih 5 pada 19 November yang lalu.
Mungkin Anwar tidak perlu melakukan kesalahan sehingga dijatuhi hukuman oleh mahkamah.
No comments:
Post a Comment