AdSense

Tuesday, October 25, 2016

Tragedi HSA - Wee Ka Siong kerah CRSM hulur bantuan


"Ucapan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terkorban di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Saya telah meminta MCA Johor mengerahkan Crisis Relief Squad MCA (CRSM) untuk membantu. Saya turut meminta Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bertolak ke Johor Bahru sekarang bagi membantu seboleh yang mungkin."


Demikian antara kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berhubung insiden kebakaran di HSA pagi tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam itu kini berada di luarnegara, Geneva bagi menghadiri mesyuarat Perhimpunan Kesatuan Parlimen Antarabangsa.

"Walaupun saya berada di luar negara sekarang tetapi hati saya sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak yang terlibat."

Untuk makluman pembaca, CRSM merupakan badan bertindak dalam memberi bantuan kemanusiaan terhadap sesuatu bencana atau tragedi.

Insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9 pagi.

Seramai enam orang pesakit di unit tersebut disahkan terkorban manakala kira-kira 10 orang kakitangan hospital mengalami kecederaan.

Semoga semua mangsa dan ahli keluarga tabah mengharungi dugaan ini.

#PrayForHSA

No comments:

Post a Comment