AdSense

Wednesday, October 26, 2016

TN50 untuk generasi akan datang. Kita semakin tua...


Pada Jumaat, 21 Oktober lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun membentangkan Bajet 2017.

Apa yang menarik dalam pembentangan itu ialah mengenai Transformasi Negara 2050 (TN50).

(Puak-puak diktator cukup angin dengan TN50 kerana bagi mereka ia usaha kerajaan untuk mengkuburkan Wawasan 2020 ciptaan big bos mereka.)


Jam terus berdetik, begitu juga dengan negara. Kita bukan lagi berjalan ke belakang sebaliknya menuju kejayaan.

Yang lepas biarkan lepas. Yang berlalu biarkan berlalu. Hari ini kita bukan hidup di zaman kuku besi. Wartawan ditong sampahkan jika artikel yang dibuat tidak menjilat Perdana Menteri.

Tetapi hari ini lebih terbuka dan demokrasi. Sehinggakan bekas Perdana Menteri boleh menulis kata-kata keji dalam media sosial. Maklumlah, dulu tidak ada media sosial.

Sekali lagi diingatkan, yang lepas biarkan lepas dan tak guna kita mengenang barang lapuk. Lagipun, kita bukan membuangnya terus. Sama seperti barangan antik, akan disimpan baik-baik dalam muzium untuk tontotan generasi akan datang.

TN50, merupakan agenda menuju negara berkaliber tinggi bagi tempoh 30 tahun mulai sekarang.

Bukan setakat negara berkaliber tinggi tetapi juga menjadi sebuah negara yang kuat dan mantap!

Seperti penulis katakan tadi, Malaysia hari ini bukan yang dahulu, diselubungi pemerintahan kuku besi dan diktator - diakui sendiri pemimpin terdahulu.

Hari ini Malaysia lebih terbuka dan demokrasi. Tengok saja, setiap kali pembentangan bajet, Najib mesti akan membuka ruang bagi memboleh setiap masyarakat bersama-sama merencanakan negara.

Masing-masing boleh memilih sama ada mahu bersama-sama membangunkan negara ataupun mengikut rentak pemimpin pembangkang yang banyak mengeji, mengutuk dan menfitnah.

Berbalik kepada TN50, parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA sudah tentu menyambut baik usaha kerajaan dalam membangunkan negara.

Justeru itu, bersandarkan kepada semangat demokrasi dan prinsip 'setiap rakyat punya suara', maka MCA akan turun ke akar umbi bagi mengadakan dialog bersama golongan muda.

Ia akan digerakkan oleh barisan pemudanya dan menjadikan golongan muda berbangsa Cina sebagai sasaran utama.

Arahan supaya Pemuda MCA turun berjumpa golongan muda ini disuarakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kata Tiong Lai, beliau mahukan Pemuda MCA mendapatkan pandangan golongan muda mengenai halatuju negara 30 tahun akan datang.

Ia selari dengan usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan ketika ini.

Dalam perkembangan sama, Tiong Lai menolak dakwaan yang mengatakan Wawasan 2020 akan diketepikan.

Seperti kata penulis pada awal tulisan ini, kita bukannya membuangnya terus. Barang antik akan disimpan dalam muzium.

Jelas Tiong Lai, visi 2020 pastinya akan dicapai. Namun dalam masa sama kita juga perlu memikirkan perancangan untuk generasi baharu. Sebab itu adanya TN50. Inilah perancangan kerajaan terbaik untuk golongan muda. Ia senada dengan kenyataan Najib ketika mengumumkannya iaitu asas kepada TN50 ialah golongan muda.

So what?
Kenapa perlu melenting? Apa tujuannya mengkritik? Kita semakin tua dan pemimpin silih berganti. Negara Malaysia ini bukan milik seorang individu.

#TN50 #Bajet2017

No comments:

Post a Comment