AdSense

Wednesday, October 26, 2016

Bila PM sentuh tentang transformasi industri teksi... Apa maknanya?


"Transformasi perkhidmatan teksi adalah salah satu keutamaan penting Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak penubuhannya, dan melalui sesi perbincangan, kita telah mengenal pasti beberapa masalah yang membantutkan serta menyumbang kepada kekangan perkembangan perkhidmatan teksi."


Demikian antara kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tulisannya di blog NajibRazak.com pada 18 Oktober lalu.

Tambah Najib, perkhidmatan teksi dalam negara perlu dipertingkatkan dengan menggunakan pendekatan perniagaan terkini dan seiring kemajuan teknologi.

Untuk makluman pembaca, Najib sememangnya mendengar dan melihat apa yang berlaku dalam industri teksi ini. Namun segala bantahan dan protes yang menunjukkan seolah-olah kerajaan menganaktirikan industri teksi adalah tuduhan yang tidak tepat.


Tegas Najib, segala tindakan dan keputusan yang diambil kerajaan tidak lain tidak bukan adalah bertujuan memastikan perkhidmatan teksi di Malaysia terus berdaya maju. Meskipun ada sesetengah daripadanya disifatkan sebagai keputusan yang tidak popular.

Model perniagaan yang lapuk, kos pengendalian tinggi melebihi pendapatan, kualiti pemandu dan piawaian kenderaan,  ketiadaan pengawasan berpusat, persepsi umum tidak memuaskan dan cabaran daripada inovasi baru seperti ‘e-hailing’ merupakan antara permasalahan yang dikenalpasti mengekang perkembangan perkhidmatan teksi.

Lantas itu kerajaan sudahpun memperkenalkan beberapa langkah yang proaktif bagi menangani permasalahan yang ada sekaligus berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi sedia ada.

Rancangan Transformasi Teksi misalnya memperkenalkan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma), Teksi 1Malaysia (TEKS1M), Semakan Kadar Tambang 2015 dan Makmal Industri Teksi 2015.

Sebahagian pemandu dan pengusaha teksi yang menyokong SPAD dalam usaha memartabatkan industri teksi.


Sedia maklum :

TR1Ma
Telah dilancarkan pada tahun 2012 bertujuan memberi bantuan jangka pendek kepada pemandu teksi yang mengalami masalah dari segi kewangan. Melalui TR1Ma, pemandu teksi yang layak menerima bantuan RM520 bagi membeli tayar baru selain diberi perlindungan insurans kemalangan peribadi.

TEKS1M
Dilancarkan pada tahun 2014 bagi tujuan penjenamaan semula selain menetapkan piawaian tinggi terhadap kenderaan dan pengendalian teksi. Sewaktu pelancaran, seribu lesen telah diberikan kepada mereka yang layak termasuk geran sebanyak RM5,000 dan kadar istimewa 2% setahun untuk membeli kenderaan yang tersenarai. Asalnya, kenderaan untuk TEKS1M hanyalah Proton Exora dan kemudian Toyota Innova. Kini, kenderaan untuk tujuan ini akan diliberalisasikan.

Semakan Kadar Tambang
Bagi menjaga kebajikan pemandu dan industri selain mengatasi kadar kenaikan kos pengendalian teksi, SPAD telah mengadakan perbincangan bersama pengendali teksi dan pengguna dan menyemak kadar tambang pada Disember 2015. Tambang baru ini dijangka dapat meningkatkan tahap perkhidmatan teksi.

Makmal Industri Teksi 2015
Dianjurkan oleh SPAD dan melibatkan penyertaan banyak pihak, daripada kerajaan, pemandu, syarikat dan persatuan teksi sehinggalah pengguna. Hasil daripada perbincangan ini dijadikan panduan untuk membentuk Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang dibentangkan dan telahpun diluluskan Kabinet pada Ogos yang lalu.


Inisiatif di dalam TITP ini kesemuanya dirangka untuk membawa perubahan menyeluruh, bukan sahaja dari segi kawal selia, tetapi juga rombakan model perniagaan seiring kemajuan inovasi dan teknologi, yang seterusnya membolehkan persaingan lebih adil di antara semua pemberi perkhidmatan teksi negara.'


Inisiatif utama dan keputusan yang menjadi buah mulut ramai setelah Kabinet meluluskan TITP adalah berkaitan status perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar. Kelulusan yang kita berikan ini meletakkan perkhidmatan e-hailing di bawah kawal selia SPAD dan disertakan bersama beberapa syarat tertentu.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa keputusan ini diambil bukanlah untuk kepentingan mana-mana satu pihak. Sebaliknya ia diambil untuk menggalakkan keusahawanan dan inovasi, memungkinkan perubahan lebih besar berlaku dalam usaha kita mentransformasi perkhidmatan teksi secara keseluruhannya." kata Najib.

Selain itu, TITP juga mengambil inisiatif untuk memelihara kebajikan pemandu teksi melalui penyeragaman kontrak pajak, pembukaan permohonan lesen teksi individu, memperluas senarai kereta layak sebagai teksi dengan mementingkan ciri keselamatan, serta meletakkan KPI ke atas syarikat-syarikat teksi.

"Meskipun SPAD ditugaskan untuk mengetuai perubahan dalam industri teksi, tetapi transformasi menyeluruh hanya boleh dilakukan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.
Hakikatnya, setiap perubahan itu tentu melalui pelbagai cabaran. Apatah lagi bila kita ingin mentransformasikan sebuah perkhidmatan yang telah bertapak bertahun lamanya dan begitu selesa dengan cara tradisional.

"Untuk maju, kita harus bergerak seiring dengan teknologi dan inovasi semasa, dan perlu sentiasa fokus untuk menjadikan perkhidmatan kita mesra-pengguna dan maju setaraf dengan negara lain di dunia," ujar beliau.

Jadi, apa maknanya bila Najib menyentuh tentang transformasi industri teksi ini?

Maknanya, kerajaan cukup komited membantu mereka yang terlibat di dalam industri ini khususnya pemandu teksi agar terus relevan dan dijadikan pilihan pengguna.

Justeru itu, apa guna terpengaruh dengan agenda peribadi sesetengah pihak terutamanya dikalangan pemimpin pembangkang bagi meraih populariti?
Mak
Anak

Contohilah tindakan Penasihat Big Blu Datuk Shamsulbahrin Ismaill yang sebelum ini begitu lantang mengkritik kerajaan dan SPAD. Namun beliau dan persatuannya terpaksa mengakui bahawa usaha kerajaan serta SPAD ternyata ikhlas dan benar-benar membela nasib industri teksi dalam negara.

2 comments:

  1. Walaupun banyak insentif diberi dan harga minyak yg murah, tambang teksi naik melambung, menyebabkan ramai sedaya upaya mengelak dari menaiki teksi. Salahkan diri sendirilah....

    ReplyDelete
  2. Mintak siasat siapa pemegang saham di Uber dan Grabcar. Terima kasih.

    ReplyDelete