TERKINI - UNTUK EDARAN SEGERA
GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN DI SEKTOR UTARA DAN SELATAN (9.30 PAGI)
28 Oktober 2016 (Jumaat) – KTM Berhad ingin memaklumkan bahawa terdapat kegelinciran jajaran tren kargo di km200.332 antara Kota Bharu - Lahat di Stesen Batu Gajah, Perak pada jam 3.15 pagi hari ini.
Maklumat terkini mengenai insiden ini adalah dua (2) buah lokomotif dan 25 unit wagon simen (kosong) telah tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan. Tren kargo ini adalah dari Kuang, Selangor menuju ke Ipoh, Perak. Kerja-kerja mengalih gerabak yang telah tergelincir sedang giat dijalankan.
Oleh itu, semua penumpang perkhidmatan tren ETS laluan Kampar – Ipoh – Kampar akan dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas dan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing menggunakan tren. Penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan boleh mendapatkan pemulangan wang di kaunter tiket stesen-stesen berdekatan anda.
Maklumat mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari masa ke masa. KTM Berhad memohon maaf di atas segala kesulitan. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman sesawang rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
No comments:
Post a Comment