Rakan-rakan kita yang menyambut perayaan Hari Deepavali pastinya sedang sibuk ketika ini.
Sementara kita yang tidak menyambutnya, tetap meraikan bersama-sama atas tiket perpaduan dan keharmonian yang terjalin sejak sekian lama.
Itulah hebatnya kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ada ditempat lain.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan Deepavali hari ini turut mengucapkan selamat buat rakan-rakan khusus berbangsa India dan penganut agama Hindu.
Katanya, perayaan seperti ini disambut dengan penuh kemeriahan dan dalam masa sama memperkukuhkan ikatan perpaduan sesama masyarakat. Paling penting, keharmonian dan perpaduan
yang dinikmati hari ini wajar dipertahankan demi manfaat generasi akan datang.
"Kita sememangnya bertuah kerana mempunyai amalan tradisi sebegini dan dikongsi bersama."
Tambahnya, Pesta Cahaya mengingatkan bahawa kita sentiasa menuju kejayaan (cahaya) dalam kegelapan.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan itu turut menyeru kepada semua agar kekal bersatu padu dan tekad menolak budaya ekstremis yang mungkin wujud dikalangan segelintir rakyat Malaysia.
Dikesempatan itu juga Liow menasihati para pengguna jalanraya dan mereka yang pulang ke kampung meletakkan keselamatan diri serta keluarga pada tahap tertinggi.
Selamat Hari Deepavali
No comments:
Post a Comment