AdSense

Friday, October 28, 2016

Orang ramai semakin minat guna pengangkutan awam. Ini faktanya...



11 peratus - 2009
21 peratus - 2015

Itu adalah jumlah peratusan penggunaan pengangkutan awam - Meningkat hampir dua kali ganda.


Sekaligus membuktikan keberkesanan inisiatif kerajaan dalam usaha penambahbaikan dan membangunkan industri pengangkutan awam di negara kita.

Hasrat kerajaan ialah mahu mencapai 40% kepenggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030 bersandarkan kepada Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sememangnya kerajaan berada di landasan yang betul apabila segala usaha penambahbaikan sudah dan sedang rancak berjalan.

Kerajaan telah melaburkan lebih daripada RM70 bilion bagi projek-projek infrastruktur berimpak tinggi bagi meningkatkan penambahbaikan pengangkutan awam darat secara ketara.

Dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016, beliau turut berkata,

"Pelaburan dalam projek-projek infrastruktur LPT (pengangkutan awam darat) seperti LRT, MRT, HSR, memberikan kesan pemangkin yang besar ke atas ekonomi kita dan akan membawa banyak faedah kepada masyarakat, dari segi jangkamasa terdekat dan panjang."

Bagi Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar pula, peningkatan perkongsian mod ini adalah hasil awalan yang berpunca daripada perancangan komprehensif dan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk pembaharuan dasar, projek-projek infrastruktur baru, inisiatif-inisiatif penambahbaikkan serta tindakan pengawalseliaan yang bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

"Terdapat beberapa segmen industri yang masih memberikan banyak cabaran dan memerlukan usaha berterusan, seperti memperkemaskan perkhidmatan rel, bas dan teksi, serta meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan semua mod. Ini adalah satu proses yang berterusan yang dijalankan melalui syarat-syarat pelesenan dan keperluan kawal selia terhadap pengendali."

Setelah merujuk pada fakta-fakta ini maka ternyatalah gerak kerja SPAD bersama agensi-agensi terlibat dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam darat mampu menjayakan hasrat kerajaan. Paling penting, ia memberi manfaat buat rakyat secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment