AdSense

Tuesday, October 25, 2016

Ambil serius tindakan Khalid Samad petik kenyataan Twitter palsu TMJ


"Apakah tindakan anda jika seorang pencuri menasihatkan anda supaya jangan mencuri? Keluar dewan atau terus mendengar?"

Itu merupakan kenyataan daripada satu akaun Twitter yang menggunakan nama @TMJdtfc yang memiliki pengikut seramai 5,511 setakat jam 9.32 pagi, 25 Oktober 2016.


Berdasarkan pada nama, adakah ia laman rasmi Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim?

Pada 11 April 2016, media melaporkan bahawa pihak polis sedang menyiasat akaun Twitter yang menyamar dengan menggunakan nama Tunku Ismail.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata polis juga sedang menyiasat mengenai satu akaun Facebook (FB) memuat naik kenyataan Tunku Mahkota Johor yang bersifat menghina pemimpin negara.


Sumber : BH Online

Sebelum itu pada 5 Ogos 2012, Tunku Ismail pernah mengeluarkan kenyataan bahawa baginda memutuskan untuk menutup kesemua akaun media sosialnya termasuk Twitter dan Facebook.

"I would like to take this opportunity to tell You all that I will be closing my twitter account and all social media. Its has been a Pleasure sharing my thoughts, Ideas, Principles and activities with You All. I would like to focus on my Life and the things I do, Privately from now on. I Strongly believe that my Actions, Love, and Dedication towards Johor will speak louder than words; from my Duties, 

Responsibilities and what I do for Johor and its People. Thank You once again for all the Support. I Wish You All the Best and Success in Life. May GOD Bless You All."

Demikian titah baginda yang sebelum ini menggunakan akaun @HRHJohor2.


Sumber : Sinar Harian

Setakat hari ini, TMJ hanya dilihat aktif dalam laman rasmi Facebook Johor Southern Tiger sahaja iaitu laman yang fokus pada arena bolasepak negeri itu.

Sehingga jam 9.45 pagi hari ini, laman itu memiliki 1,685,539 jumlah kesukaan (like). Tidak seperti laman Twitter TMJdtfc yang hanya ada 5,511 pengikut.

Justeru itu, tindakan Ahli Parlimen Shah Alam mewakili Parti Amanah Negara (PAN) yang menang pilihanraya atas tiket parti PAS, Khalid Samad yang memetik kenyataan TMJdtfc semalam di Dewan Rakyat wajar dipandang serius.

Petikan itu diambil Khalid seolah-olah mahu mencari sokongan ketika bertekak dengan Ahli Parlimen Mersing. Pada ketika itu kedua-duanya sedang menggunakan ruang perbahasan Bajet 2017 oleh Ahli Parlimen Sungai Besar.

Boleh rujuk hansard Parlimen sekiranya tulisan ini tidak benar. Dengarkan perbahasan sesi pagi bertarikh 24 Oktober 2016.

#KhalidSamad #PAN #DewanRakyat #Parlimen #Bajet2017

1 comment:

  1. Aku tengok sidang parlimen di tv tapi separuh jalan bila khalid gereja kambing suruhan kapir DAP mula bersuara, separuh jalan aku kena tukar channel.
    Budak suruhan puak kapir ni terlalu bodoh dan memalukan. Modaal hanya menipu dan memfitnah dan menjadi suara puak kapir.
    Syukor kapir2 sup babi dan murtad2 kedai arak di Shah Alam sudah kepuar dari PAS.

    ReplyDelete