Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Sebagai seorang manusia, hidup ini perlu ada tujuan bagi memberi makna dalam hidup kita. Dalam erti kata lain, hidup ini adalah sebuah perjuangan.
Sepanjang 40 tahun perkhidmatan saya dalam kerajaan, saya mempunyai perjuangan saya tersendiri iaitu untuk memajukan agama, bangsa dan negara saya. Namun, sejak akhir-akhir ini, ada seorang pemimpin lama mula menghasut rakyat, mengatur langkah dari dalam dan luar negara untuk menuduh saya dengan perkara-perkara yang sama beliau dituduh semasa beliau berkuasa.
Beliau menuduh perjuangan parti saya sudah lari daripada perjuangan beliau dahulu sebagai alasan untuk menarik orang masuk ke dalam parti beliau dan memecahbelahkan orang Melayu.
Memang benar perjuangan dulu dan sekarang berbeza. Dulu beliau yang berumur 91 tahun ini memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang saya memperjuangkan kemajuan negara.
Apakah usaha kami membina infrastruktur seperti MRT, BRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, RAPID Pengerang, kota Iskandar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat, bukan satu perjuangan?
Apakah penyediaan bantuan kerajaan seperti TERAJU, TEKUN, bantuan-bantuan 1Malaysia, PR1MA, e-Kasih, UTC, RTC untuk kemudahan rakyat bukan satu perjuangan?
Apakah usaha memajukan sukan sehingga mencapai keputusan paling cemerlang dalam sejarah bukan satu perjuangan?
Kita semua tahu parti politik baru pemimpin lama itu sedang berjuang untuk menjatuhkan kerajaan, sampai sanggup bersekongkol dengan parti cauvinis yang pemimpinnya sudah didakwa melakukan rasuah.
Siapakah yang sebenarnya tersasar daripada perjuangan?
Biarlah apa mereka kata, saya dan Jemaah Menteri akan terus komited dalam perjuangan kami memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Sekian sahaja dari saya.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
NajibRazak.com
No comments:
Post a Comment