AdSense

Sunday, October 30, 2016

Kenderaan Singapura masuk Malaysia kena bayar RM20, kerajaan Johor dapat RM5.


Sebelum ini mana-mana kenderaan Malaysia yang memasuki negara Singapura akan dikenakan bayaran caj jalan raya (RC).

Mulai Selasa depan, kenderaan mereka pula akan dikenakan bayaran iaitu sebanyak RM20. Daripada jumlah itu, RM5 akan diberikan kepada kerajaan negeri Johor.


Untuk makluman pembaca, RC akan dilaksanakan di Tambak Johor dan Link Kedua mulai Selasa ini. Perlaksanaan ini sudahpun dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan Singapura selepas Malaysia menjalankan tempoh percubaan selama dua bulan.

Ada yang mendakwa tindakan Malaysia sebagai langkah diskriminasi terhadap Singapura. Tetapi ia ditolak Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kata Tiong Lai, Singapura sudah mengenakan bayaran masuk terhadap kenderaan Malaysia sejak berpuluh tahun lalu. Kita (Malaysia) baru saja mahu melaksanakannya.

Jadi isu diskriminasi tidak timbul sama sekali.

Menurut Tiong Lai dalam ucapannya ketika melawat sebuah tokong di Segamat semalam, sebanyak 144,000 kenderaan Singapura sudah didaftar menerusi sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) sehingga Julai lalu.

Untuk rekod, kira-kira 20,000 kenderaan Singapura memasuki Malaysia menerusi Tambak Johor dan Link Kedua setiap hari dan jumlah berkenaan berganda pada hujung minggu serta cuti perayaan.

Mulai Selasa ini iaitu 1 November, semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing memasuki Malaysia melalui Johor akan dikenakan raya RC sebanyak RM20.

Bayaran akan dikutip setiap kali kenderaan asing memasuki negara ini melalui sistem kad 'Touch n'Go'.

No comments:

Post a Comment