AdSense

Thursday, September 29, 2016

Lori paling banyak langgar undang-undang jalanraya - SPAD


Lori dan trak menduduki tangga teratas kenderaan yang paling banyak melanggar undang-undang dan kesalahan jalanraya. Mungkin mereka ingat mereka besar dan kebal maka suka-suka saja langgar undang-undang gamaknya.


Rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan sebanyak 2,326 kes melibatkan kenderaan tersebut, sementara bas (1,267 kes) dan teksi (1,133 kes). Jumlah keseluruhan kesalahan termasuk kenderaan lain bagi tempoh Januari - Ogos 2016 di seluruh Semenanjung ialah sebanyak 4,876 kes.

Kata Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, kebanyakkan kesalahan membabitkan lori ialah atas faktor keselamatan seperti panel, tayar botak dan muatan tidak diikat dengan kemas.

Bagi teksi pula, mereka banyak melakukan kesalahan seperti tidak memiliki kad pemandu (472 kes) dan gagal menggunakan meter (290 kes). Manakala bas pula ialah kesalahan mengambil dan menurun penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan (369 kes).

Selain itu, SPAD dalam kenyataan sama juga melahirkan komitmen terhadap tindakan membanteras kegiatan ulat tiket.

Banteras dan menanganinya dalam masa 24 jam. Erti kata lain SPAD tidak akan menangguhkan sebarang kes melibatkan ulat tiket. Andai kata malam kena tangkap, hari keesokkannya sudah dikenakan tindakan termasuk dihadapkan ke mahkamah untuk menjalani proses perundangan.

Terima kasih dan syabas SPAD!

No comments:

Post a Comment