AdSense

Monday, September 26, 2016

FELDA kekal fokus bantu generasi baharu


Bila kita sibuk melayan politik pembangkang, kita terdedah kepada dunia khayalan... 24 jam dihabiskan untuk dunia fantasi. Sehingga tidak nampak apa yang sedang berlaku disekeliling kita.


Hampir RM500 juta sudahpun dikeluarkan bagi tujuan menampung perbelanjaan fasa pertama projek perumahan untuk generasi baharu FELDA.

Fakta ini mungkin ramai yang tidak tahu. Kerana laman sosial dibanjiri dengan fitnah yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.


Bagi kerajaan Barisan Nasional, membela nasib rakyat merupakan agenda utama. Menyediakan rumah yang selesa kepada rakyat termasuk generasi baharu FELDA umpamanya adalah antara keutamaan yang sentiasa diberi tumpuan serius.

Kata Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, hampir RM500 juta yang dikeluarkan itu adalah membabitkan pembinaan 8,470 unit rumah berharga RM90,00 seunit di 38 rancangan FELDA sementara menunggu kelulusan pinjaman bank.


"Ada sedikit masalah berkaitan pinjaman daripada pihak bank yang pada awalnya telah bersetuju untuk meluluskan pinjaman penuh pembinaan, namun kemudian ia telah dikurangkan menyebabkan projek pembinaan 8,470 unit rumah ini agak kelewatan," katanya.

Sementara fasa kedua projek bagi membina rumah berharga RM70, 000 seunit dijangka akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Nah! Sebab itu penulis katakan, kita akan terus berada dalam dunia khayalan sekiranya melayan politik pembangkang. Sedia maklum, sebelum ini FELDA dituduh dengan macam-macam fitnah termasuklah yang mengatakan FELDA bankrap.

Usaha memburuk-burukan FELDA gagal walaupun ia sedang / akan berlaku (fitnah). Sementara FELDA sebaliknya terus melangkah kehadapan dan memberi pulangan serta manfaat buat peneroka termasuk mereka dikalangan generasi baharu.

Bertuahnya hidup di bumi Malaysia.

#Syukur

No comments:

Post a Comment