Sunday, September 25, 2016

'BN akan gagal' pada PRU14 - Ayat orang khayal


Barisan Nasional (BN) akan hilang 45 kerusi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang. Manakala parti-parti komponen BN yang lain termasuk MCA akan mengalami kekalahan yang teruk.

Demikian kenyataan Presiden boneka parti serpihan UMNO, Pribumi Bersatu (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Diulangi, "BN AKAN hilang kerusi..... parti komponen BN termasuk MCA AKAN kalah teruk...

AKAN bermaksud sesuatu andaian dan bukanlah perkara sebenar, jauh sekali fakta tepat. Apatah lagi ia keluar daripada mulut pemimpin yang kecewa.

Hakikatnya, kenyataan sedemikian keluar kerana berasa takut kepada parti musuh. Muhyiddin pastinya sedar BN pada ketika ini semakin kuat selepas melihat senario politik hari ini.

Apa dia senario politik hari ini?

Dulu, masyarakat dapat menonton kemunculan '6 jahanam', Deklarasi Rakyat dan salam 18 tahun Mahathir-Anwar.

Muhyiddin, Mukriz (anak Mahathir) dan Shafei Apdal - bersepakat untuk menumbangkan UMNO, BN dan Perdana Menteri sehingga melahirkan parti PPBM. Sementara Mahathir sebagai 'King Maker' - Big Boss.

Dalam masa sama, masyarakat yang menonton berasa tertipu apabila Shafei tidak tergolong dalam puak PPBM. Belum apa-apa, mereka sendiri sudah berpecah. Ibarat belon, sekali tiup, sudah meletup berkecai. Nampak benar belon tersebut tidak berkualiti.

Bukan PPBM yang baru lahir saja, parti-parti pembangkang yang lain juga boleh diibaratkan seperti belon yang tidak berkualiti.

Semua orang tahu, PAS sudahpun berpecah daripada Pakatan Harapan. Dalam PKR pula wujud kem-kem tertentu.

DAP, sudahpun terpalit dengan korupsi berprofil tinggi. Istilah CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang kononnya menjadi prinsip pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang (DAP) tidak lagi bertepatan apabila Ketua Menterinya terlibat dalam isu rasuah.

Ini sebenarnya peluru-peluru yang tidak lagi dapat dielak oleh pemimpin pembangkang.

Sebab itu kenyataan Muhyiddin yang kata BN akan hilang kerusi dan parti komponen termasuk MCA akan kalah teruk adalah kenyataan yang tidak berasas.

Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, kenyataan tersebut hanya mahu mengganggu tumpuan kerja BN semata-mata.


Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu tidak perlu difikirkan sangat. Biarlah BN dan parti-parti komponen kekal pada trek untuk memperkukuh semangat kerjasama dan fokus pada kerja-kerja yang memberi manfaat buat parti dan rakyat.

Agenda transformasi negara perlu diteruskan tanpa melayan suara-suara murahan puak anti-kerajaan. Ekonomi, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat yang ketika ini sedang dipergiatkan oleh kerajaan sudah tentu berupaya meraih sokongan majoriti rakyat.

Ini kerana rakyat sudah semakin bosan dengan permainan politik pembangkang yang tak sudah-sudah. Asyik berpolitik saja, bila hendak maju?

Pesanan buat Muhyiddin, usahlah sibuk-sibuk menentukan untung nasib parti lain. Tumpukan saja perhatian pada PPBM. Tambah Tiong Lai lagi, Muhyiddin perlu berhenti daripada berhalusinasi!

Berpijaklah dibumi nyata, andai kata esok pilihanraya, BN pasti menang besar.

No comments:

Post a Comment