AdSense

Friday, September 23, 2016

Era Najib - Sinar pengangkutan awam


Tak ada niat nak persoal cara pentadbiran terdahulu. Penulis juga tidak berminat hendak menulis tentang kisah pemimpin diktator, kuku besi, kawal media dan kroni. Biarlah, zaman dahulu sudah berlalu. Biarkan ia menjadi lipatan sejarah. Hari ini, zaman ini, era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Sedang sibuk mengejar cita-cita sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, kita juga tidak sesekali boleh mengenepikan soal kesejahteraan rakyat.

Lihat sekeliling, buka pintu rumah sahaja sudah kedengaran hon-hon kereta. Keluar pintu pagar rumah sahaja sudah menempuh kesesakan lalulintas. Begitu juga bila musim perayaan, lebuhraya utama seluruh negara dibanjiri dengan kenderaan.

Ucapan Najib ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi fasa dua Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) projek Mass Rapid Transit (MRT) di Putrajaya pada 15 September lalu kedengaran sedikit terkilan.

"Pada dekad-dekad lalu, kita tidak fokus kepada pembangunan pengangkutan awam. Kini kita berhadapan dengan kesannya dengan masalah trafik bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi di bandar lain.”

Bagi Najib jelas, isu 'kesesakan trafik' begitu merunsingkan rakyat. Ia sememangnya jauh tersasar daripada agenda yang dibawa beliau antara lain memberi penekanan terhadap soal kesejahteraan rakyat. Tidak hairanlah sebelum ini Najib pernah mengatakan bahawa pentadbirannya akan melaksanakan transformasi pengangkutan awam secara besar-besaran.

Sebelum ini dapat kita lihat, Transit Aliran Ringan (LRT) ditambah laluannya. Sementara projek MRT diperkenalkan semata-mata mahu menangani masalah kesesakan trafik dalam negara yang semakin hari semakin teruk.

Antara kelebihan projek MRT ialah dapat menghubungkan bandar-bandar dan kawasan-kawasan yang lebih luas. Jangan terkejut apabila projek MRT Laluan SSP siap sepenuhnya nanti, perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya hanya mengambil masa 30 minit sahaja!

"Kebolehpercayaan dan kepuasan pengguna mesti diutamakan dalam soal pengangkutan awam. Kita tidak boleh ketinggalan.

"Yakinlah, sebagai Perdana Menteri saya akan terus memberikan perhatian penuh untuk membangunkan satu sistem pengangkutan awam yang moden, cekap, boleh dipercayai dan selamat untuk rakyat.  Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

Itu dia tegas Najib bila bercakap mengenai pengangkutan awam dalam negara.

Tidak cukup itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengatakan pendirian sama dan melahirkan keyakinan tinggi terhadap projek mega kerajaan itu.

"Ianya selari dengan tema yang diperkenalkan Perdana Menteri iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Ini janji yang terbukti demi kesejahteraan rakyat.

"Di kementerian saya (MOT), soal pengangkutan awam sememangnya menjadi fokus utama kami." Kata Tiong Lai yang juga merupakan Presiden MCA.

Sementara pihak yang tidak asing apabila membincangkan tentang pengangkutan awam ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sentiasa mengerah keringat dalam menjayakan misi menambahbaik serta membangunkan pengangkutan awam darat di Malaysia.

Akademi SPAD umpamanya diperkenalkan bagi mencari idea, pandangan daripada pelbagai peringkat masyarakat. Ia kemudiannya dirangkumkan mengikut keperluan relevan bagi tujuan membina sistem pengangkutan awam darat yang unggul.

Khidmat Tan Sri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar sebagai Pengerusi SPAD diperlukan biarpun kontraknya sudah tamat. Segala usaha yang dilakukan SPAD dibawah pentadbiran Syed Hamid mendapat perhatian Perdana Menteri dan kerajaan.

Apa yang membuatkan Syed Hamid bangga dan gembira ialah apabila melihat jajaran LRT dipanjangkan dari Ampang ke Kelana Jaya dan pertambahan gerabak Keretapi Tanah Melayu (KTM) daripada empat kepada enam, monorel dan LRT daripada dua kepada empat.

“Semuanya saya dapat tengok berlaku di depan mata. Insyallah nanti kita dapat tengok MRT yang pertama pula,” katanya.

Info mengenai projek MRT :

Projek bernilai RM32 bilion ini diadakan berhampiran Stesen Putrajaya Sentral dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang 2022.

Laluan SSP sejauh 52.2km itu mempunyai 37 stesen, di mana 11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km.  Ia akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu,

Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya.

Laluan SSP juga akan dilengkapi dengan 9,200 kemudahan parkir di 15 stesen. Sebaik beroperasi ia dijangka boleh membawa sejumlah 529 ribu penumpang setiap hari.

Fasa pertama Laluan SSP antara stesen Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada Julai 2021, sementara keseluruhan laluan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2022.

Laluan SSP juga akan mempunyai 13 stesen bersepadu dengan Transit Aliran Ringan (LRT), KL Monorel dan Express Rail Link. Selain itu akan diwujudkan stesen pertukaran di Bandar Malaysia Selatan untuk Rel Keretapi Laju (HSR) pada masa hadapan.

Suara Lensa
23 September 2016

#NajibRazak #Malaysia #PengangkutanAwam #MOT #SPAD


No comments:

Post a Comment