AdSense

Thursday, September 22, 2016

Dari dalam mahkamah : Anwar VS KJ


Mungkin menyedari Khairy Jamaluddin merupakan 'senjata muda' pihak kerajaan, maka tindakan Anwar Ibrahim dalam cubaan 'mematahkan' senjata itu dilihat relevan.


Sejak bergelar Naib Ketua Pemuda UMNO lagi, KJ sudahpun berdepan serangan Anwar dan kuncu-kuncunya. Anwar dilihat tidak senang dengan pemimpin muda yang berkaliber seperti KJ.

Untuk rekod, Anwar mula mendampingi KJ pada 7 September 2007 menerusi pintu mahkamah.

Beliau mendakwa KJ yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos tahun yang sama.

Anwar, 65, selaku plaintif mendakwa kenyataan fitnah yang dibuat oleh KJ yang dinamakan sebagai defendan telah disiarkan oleh media pada 3 Ogos 2007.

Kes itu bagaimanapun selesai luar mahkamah pada 17 Januari 2013 selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan di Mahkamah Tinggi.

Nombor 7 seringkali dikaitkan dengan jersi penyerang. 'Senjata Muda BN' sekali lagi dicemburui apabila Anwar memfailkan saman terhadap KJ pada 7 Mac 2008 bagi menuntut ganti rugi RM100 juta.

Anwar mendakwa KJ mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk Anwar and kin no threat disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Anwar selaku pihak plaintif mendakwa klip video itu mengandungi sebahagian ucapan yang dikatakan berbaur fitnah dilafazkan KJ dalam satu ceramah di Lembah Pantai di ibu negara pada atau sekitar 20 Februari 2008.

22 September 2016, Suara Lensa menyelinap masuk ke bilik NCVC 13, Tingkat 3 Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi mengikuti sendiri perbicaraan kes tersebut.

Penulis agak tertarik dengan saksi yang disapina bagi pihak KJ, Datuk Lokman Noor Adam yang juga merupakan Panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Sehingga peguam Anwar yang juga orang parti PKR, Latheefa Koya dibalun sampai lunyai.

"Sebab itu saya kata jangan hanya membaca laporan di Malaysiakini."

Oh ya, mata penulis sempat melirik kepada KJ yang sentiasa tenang. Terdahulu, beliau sudahpun kelihatan terpacak di pintu mahkamah pada awal pagi. Bersemangat betul.

Penulis tidak berminat untuk mengulas lanjut tentang proses perundangan ini kerana ia masih lagi berjalan.

Namun apa yang penulis tekankan di sini ialah bagaimana KJ cukup dibenci oleh Anwar.

KJ seperti tidak terkesan dengan serangan politik yang dikenakan kepadanya. Jika tidak, sudah tentu beliau akan memanggil ribuan pengikutnya untuk turun bersolidariti. Apa yang ada tadi hanya beberapa kerat saja.

Kalau dulu, bilamana Saiful Bukhari Azlan saman Anwar, beratus pengikut Anwar menyemakkan perkarangan mahkamah. Terpekik terlolong melaungkan reformasi. Akhirnya, tiada siapa berupaya mengatasi kuasa perundangan.

Dalam pemerhatian penulis, ramai yang kata kasihan pada KJ. Tapi tidak bagi penulis. Sebaliknya penulis berasa kagum dengan beliau. Walaupun diheret ke mahkamah namun KJ tetap tidak

melupakan tugasnya sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan.

Sambil-sambil menunggu kes didengarkan, beliau sibuk membelek helaian-helaian kertas yang dibawanya. Kelihatan beliau seperti sedang menyemak kertas-kertas tersebut, kadang-kadang dicatatkan dengan pen.

Mahkamah kini jadi 'pejabatnya'.

Hari-hari sebelum ini, beliau mengadakan sidang media di mahkamah yang menfokuskan pada isu-isu kementeriannya.

Itulah KJ, senjata muda BN yang mahu dimusnahkan Anwar.

No comments:

Post a Comment