AdSense

Thursday, September 22, 2016

SEDANG DITAYANGKAN : Big Boss cadang, ditolak Azmin, dibodohkan Tony...


Parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN) - UMNO, MCA dan MIC menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Dalam masa sama Big Boss DAP, Lim Kit Siang sebaliknya mendakwa persempadanan semula itu memberi keuntungan kepada BN.


Atas alasan itu, beliau yang juga bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang terlibat dalam kes rasuah, mengarahkan kerajaan Selangor supaya mengadakan pilihanraya secepat mungkin.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor dan orang nombor dua parti tunggangan DAP, PKR sebelum ini menolak cadangan Kit Siang.

Keberanian yang cuba ditonjol Azmin dihadapan penyokongnya dengan menolak cadangan koboi Kit Siang mendapat tembakan balas daripada pimpinan DAP negeri.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pantas bangkit mempertahankan sifunya dengan mengatakan bahawa mengadakan pilihanraya selepas persempadanan semula selesai sebagai tindakan bodoh.

Bahasa kampungnya, lebih kurang begini :

"Azmin bodoh sebab tolak cadangan Kit Siang."

Sebenarnya, bodoh membodoh sesama sendiri sering berlaku dikalangan pemimpin Barisan Alternatif / Pakatan Rakyat / Pakatan Harapan.

Sejak dahulu lagi sudah diberitahu bahawa mereka ini tidak pernah sebulu dalam apa jua perkara. Masing-masing ada kepentingan sendiri. Tidur sahaja sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Apa boleh buat, pengundi yang memilih mereka jadi sama-samalah saksikan drama bodoh membodoh dikalangan pemimpin sendiri.

PRU14 nanti, tukar saja channel. Lebih baik kita lihat dan nikmati adegan pembangunan dan kemajuan pula yang dipersembahkan oleh Barisan Nasional.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

No comments:

Post a Comment