AdSense

Friday, September 30, 2016

SULIT - Cadangan MCA berhubung persempadanan semula SPR


Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA sudahpun mengkaji dengan teliti serta mengambil kira pelbagai aspek berhubung persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagaimana mahu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Namun MCA tidak akan mendedahkannya hasil kajian dan cadangan yang mereka putuskan kerana dikhuatiri pembangkang akan mengambil kesempatan.


Ada relevan juga tindakan MCA sepertimana kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong itu. Sedangkan logo parti pun pembangkang sanggup tiru, inikan pula isu-isu penting seperti persempadanan semula kawasan pilihanraya ini.

Lagi satu, semua orang tahu bahawa pembangkang cukup gemar memanipulasikan sesuatu perkara. Manakala lidah rasmi mereka sudah tentu akan memutar belitkan berita bagi tujuan kepentingan peribadi.

Apa yang jelas, persempadanan semula itu meliputi masyarakat majmuk dan tidak tertumpu kepada bangsa-bangsa tertentu sahaja.

MCA kekal dengan prinsip perpaduan. Dalam konteks persempadanan semula kawasan pilihanraya, satu-satu bangsa itu tidak boleh ditumpukan pada satu-satu kawasan sahaja. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan sekaligus mengundang suasana yang tidak baik dimasa akan datang. Kata mudah, Melayu tidak boleh diletakkan dalam satu kawasan pilihanraya. Begitu juga dengan Cina, India dan lain-lain bangsa.

Suara Lensa suka sekali jika soal persempadanan semula ini menjadikan negeri Pulau Pinang dibawah pemerintah DAP sebagai rujukan. Seolah-olah ia ditadbir oleh satu kaum sahaja sekaligus menyebabkan lain-lain bangsa seakan-akan diabaikan. Menggambarkan semangat perpaduan yang hilang dan sosio kemasyarakatan yang tidak seimbang.

Dalam pada itu kata Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, MCA sudahpun bersedia untuk mengemukakan kertas kajian dan cadangan tersebut kepada Setiausaha Agung BN. Jelasnya lagi, ia (kajian dan cadangan) bukanlah andaian atau tanggapan semata-mata  tetapi diajukan secara spesifik dengan menggunapakai saluran yang betul.

Bukan di pentas debat, temubual media secara eksklusif, jauh sekali protes jalanraya. Inilah beza parti komponen BN dengan Barisan Alternatif. Maaf, Pakatan Rakyat. Maksud Suara Lensa, Pakatan Harapan Kecundang.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga ada menyentuh soal persempadanan semula ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata jawatankuasa akan diwujudkan bagi membincangkan perkara tersebut. Ini membuktikan kepimpinan tertinggi BN juga peka terhadap apa yang berlaku.

Petang hari ini, Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat. Dijangkakan akan membincangkan perkara-perkara penting termasuk isu berkaitan persempadanan semula. Sama-samalah kita nantikan perkembangannya.

No comments:

Post a Comment