Thursday, September 8, 2016

Laporan nahas helikopter 4 April 2015 dijangka siap minggu depan


Insya Allah, laporan mengenai nahas helikopter yang meragut enam nyawa termasuk Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akan dikeluarkan pada minggu hadapan.


Kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, punca nahas sudah dikenalpasti dan laporan akhir mengenainya akan dimasukkan dalam laman web Kementerian Pengangkutan.

Pada 4 April 2015 lalu, helikopter yang dinaiki mereka dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada jam 4.55 petang dipercayai ketika hujan dan angin kencang.

Lima yang lain ialah Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan B Seran, dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

Mengikut laporan saksi sepertimana disiarkan media tempatan, helikopter berkenaan meletup di udara pada jam 4.50 petang sebelum terhempas di sebuah ladang getah dan meletup kali kedua.


Sementara mengenai nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pula, Tiong Lai memberitahu bahawa siasatan mengenainya masih lagi berjalan.

Pihak berkaitan sedang berusaha mencari bangkai helikopter termasuk menggunakan alat sonar di dasar sungai.

Pada 5 Mei 2016, helikopter malang terbabit dalam penerbangan dari Betong pada pukul 4.12 petang menghala ke Kuching, terputus hubungan dan hilang daripada radar.

Tragedi tersebut meragut enam nyawa termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon,  Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, suami Noriah Asmuni Abdullah, pegawal peribadi Noriah Ahmad Sobri dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment