Sunday, September 4, 2016

Ini sebab puak anti kerajaan canang Malaysia nak bankrap!


Sesetengah pihak anti kerajaan sibuk mencanang ekonomi negara teruk gila babi sampai Malaysia nak bankrap!

Pergh! Siapa yang dengar / baca tu 'comfirm' rasa gerun! Rasa macam nak keluar aje dari Malaysia ni, nak duduk Venezuela pulak (negara yang selalu jadi rujukan pro pembangkang)

Betul ke ekonomi teruk gila babi? Atau sekadar persepsi?

Sebab biasanya, bila puak anti kerajaan sebar benda macam ini, maknanya mereka sedang mencemburui sesuatu...

Apakah mereka cemburu dengan projek MRT yang akan siap tak lama lagi? Atau sebab ada syarikat monopoli sejak 20 tahun lalu akan tamat kontrak 2017 ini?

Mungkin juga mereka cuba ambil kesempatan terhadap keputusan CIMB menutup 23 cawangan mereka seluruh negara? Tajuk itu kemudiannya diputarbelitkan dengan mencanang ekonomi negara teruk gila babi.

Sedang isi kandungan isu tersebut adalah kerana pihak bank berkenaan mahu beralih kepada perbankan 'online' mengikut peredaran semasa.

"CIMB Group mencatatkan pe­ningkatan untung bersih seba­nyak 1.7 peratus kepada RM1.67 bilion bagi enam bulan pertama ber­akhir 30 Jun 2016 berbanding RM1.66 bilion pada separuh pertama tahun lalu."

Celah mana kata ekonomi negara teruk gila babi sampai Malaysia nak bankrap?

Atau puak anti kerajaan panas telinga dengar Amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan Ambang Merdeka baru-baru ini?

"Sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, saya telah melanjutkan gagasan negara dengan Dasar Transformasi Nasional. 
"Kini DTN, telah masuk tahun ke-7 pelaksanaannya, dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan. 
"Ini semua bukan sekadar omongan kosong, akan tetapi, fakta dan angka-angka pencapaian, diabsahkan serta dipersahihkan oleh Badan-Badan Penarafan Berwibawa pada peringkat antarabangsa. 
"Sebagai contoh, semasa laporan Program Transformasi Negara yang saya bentangkan pada bulan April lalu, kita bersyukur, Program Transformasi Kerajaan atau GTP dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara, telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya. 
"Manakala bagi Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI. Melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI-nya telah menjangkau sasaran 108 peratus. 
"Mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, KDNK pada suku kedua tahun ini, Alhamdulillah, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak 4 peratus. 
"Selanjutnya, tidak putus-putus buah-buah kejayaan masak dan meranum atas kerja kuat Kerajaan dan pelbagai agensi. Misalnya, Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum, telah meletakkan Malaysia berada di tangga ke-18 pada tahun 2015. 
"Menurut Financial Market Development oleh World Economic Forum Global Competitiveness Ranking 2015-2016 pula, kita berada di tangga ke-9, sebagai satu-satunya emerging market, yang tersenarai dalam sepuluh negara teratas. 
"Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari sudut Ease of Doing Business, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada tahun 2015. 
"Dari segi lain, sebagai sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai role model yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah, di persada dunia, daripada perspektif iktisadnya, Malaysia telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015, daripada senarai 70 buah negara."
Jadi, sejauh mana sebaran persepsi dapat menafikan fakta tepat? Rakyat Malaysia pastinya tidak bodoh dan mudah terpedaya dengan sentimen emosi mainan puak anti kerajaan.

1 comment:

  1. Tak ada orang nak komen??? Sedihkan admin... kalau ada yg komen pun tak memihak kpd kita.... tak macam dulu2 waktu tahun2 2014 dan awal 2015... 95% dari komen2 ini memihak kpd PM, UMNOBN dan admin sendiri.... tapi bila saya menjengah hari ini, saya terkejut beruk bila mendapati hampir 100% adalah penyokong TUN ... ketahuilah admin, 2 tahun lepas mereka2 ini adalah penyokong kuat PM Najib, dan admin... termasuklah saya... tapi lihatlah sekarang...
    Admin tak mahu sedar lagikah dari lamunan? banyak sangatkah dedak yang admin dapat?

    ReplyDelete