AdSense

Thursday, August 11, 2016

Sistem Integrasi Bersepadu - Tambahbaik sistem sedia ada


Jika berlaku kemalangan melibatkan bas misalnya, siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan kes tersebut?


Pasti dikalangan kita agak keliru kerana Malaysia mempunyai beberapa agensi atau badan penguasa yang diamanahkan untuk mengurus atau mengawal selia hal-hal berkaitan jalanraya termasuk kes-kes kemalangan.

Badan yang dimaksudkan ialah seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Misalnya pihak JPJ, menggunakan sistem mySIKAP. Sistem yang tidak dimiliki oleh PDRM mahupun SPAD kerana masing-masing mempunyai sistem sendiri. Jika JPJ menyenarai hitam pesalah jalanraya, ianya tidak dapat diakses oleh PDRM dan SPAD.

Situasi ini berdepan kesukaran kerana PDRM dan SPAD tidak berupaya mengesan pesalah jalanraya walaupun sedang bertentangan mata!

Kekeliruan ini bakal dirungkai apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telahpun meminta supaya ketiga-tiga badan penguasa ini mewujudkan satu sistem secara bersepadu.


Mengambil langkah ini, kesemua badan penguasa akan memiliki satu data yang sama bagi menangani isu-isu berkaitan kesalahan jalanraya.

Tidak lagi mengikut sistem sendiri yang hanya dimiliki oleh agensi masing-masing.

Sistem intergrasi bersepadu yang diminta pada ketika ini sedang dibangunkan sebelum ia dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Dalam masa sama Liow juga mengarahkan ketiga-tiga agensi supaya mengkoordinasikan maklumat secara bersama sekaligus membolehkan perkongsian dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Pokok pangkalnya, ia berupaya memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya supaya sentiasa mematuhi undang-undang seterusnya meminimakan angka kemalangan jalanraya yang sering berlaku terutama sekali ketika musim perayaan.

No comments:

Post a Comment