AdSense

Wednesday, August 10, 2016

Pengusaha bas luar bandar terima suntikan dana RM142.7 juta


Jumlah itu diterima oleh 65 pengusaha bas luar bandar menerusi Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) bagi tujuan meneruskan operasi mereka yang ketika ini bergelut dalam kesukaran.


Iyalah, harga tambang rendah dan kurangnya permintaan menyebabkan banyak operasi bas ini tidak mampu untuk bernafas.

Namun, ia mendapat perhatian pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tambahan pula Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar ada mengatakan,  perkhidmatan bas masih merupakan mod pengangkutan awam yang penting bagi bandar-bandar kecil dan kawasan yang tidak dihubungkan oleh pengangkutan rel.


SPAD dalam kenyataan medianya sebelum ini ada mengatakan bahawa pada bulan Mei tahun ini, beberapa pengendali telah memohon agar kerajaan meneruskan bantuan ISBSF bagi membolehkan mereka untuk menyambung operasi dan perkhidmatan bas di sepanjang laluan yang kurang pengguna atau tidak menguntungkan.

Ini adalah penting terutamanya bagi kawasan yang masih mempunyai permintaan daripada kalangan pengguna berpendapatan rendah. Pasti ia sesuatu yang berharga buat mereka.


Setakat ini, sejumlah RM11.62 juta telahpun diagihkan kepada pengendali bas di beberapa negeri termasuk Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Sedikit maklumat ringkas tentang ISBSF - Interim Stage Bus Support Fund

Diperkenalkan pada tahun 2012.

Langkah sementara bagi memastikan operasi bas henti-henti di luar bandar dan desa diteruskan walaupun tidak ramai pengguna.

Telah memberi manfaat kepada lebih daripada 347 juta penumpang dengan merentasi 608 laluan.

Pada 2015, sejumlah RM150 juta telah pun disalurkan dan dimanfaatkan oleh 100 pengusaha bas.

Keseluruhan dana yang disalurkan setakat ini adalah sebanyak RM661.7 juta.

No comments:

Post a Comment