AdSense

Saturday, August 6, 2016

Siapa cakap Malaysia tak main peranan pada dunia Islam???


Pengerusi Al-Quds International Institution, Sheikh Yusuf al-Qaradawi pernah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekitar tahun 2012 lalu.
Antara isi kandungan surat tersebut,


“Tidak memeranjatkan, kami sentiasa mendapati anda antara yang pertama dan terawal dalam menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis adalah antaranya.

“Kami amat tersentuh dengan keprihatinan anda dalam konteks ini, khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya.

“Lebih penting lagi, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.

"Malah lebih membanggakan kami ialah pencapaian dan kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan anda.”

Pada 22 Januari 2012, Najib mengunjungi bumi Palestin bersama rombongan dari Malaysia dalam Lawatan Kemanusiaan. Lebih membanggakan, Najib pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di bumi Palestin.

Penulis masih ingat, setibanya Najib dan rombongan, beliau dengan tegas menzahirkan ucapan sokongan Malaysia buat penduduk Palestin. Belum ada mana-mana pemimpin Islam yang berani mengeluarkan kenyataan sedemikian apatah lagi dibuat di bumi Palestin dengan dirakam secara langsung menerusi siaran televisyen seluruh dunia.

Bukan sahaja ucapan ketibaan, tetapi setiap pentas di bumi Palestin beliau mengatakan perkara sama iaitu Malaysia kekal berdiri dibelakang rakyat Palestin yang dizalimi rejim zionis.
Selain itu, kerajaan Malaysia juga dipuji oleh masyarakat dunia khususnya Islam apabila berjaya memainkan peranan utama dalam menamatkan konflik 40 tahun masyarakat di selatan Filipina.
Dalam masa sama mewujudkan keamanan dan pembangunan di Mindanao sekaligus membantu kerajaan Filipina dan Bangsamoro.

Malaysia sememangya banyak membantu dunia Islam samada sedar ataupun sebaliknya. Apa saja isu membabitkan negara-negara Islam, Malaysia antara negara yang paling pantas 'mengangkat tangan' untuk membantu.

Lihat sahaja isu penghapusan etnik di Myanmar. Masyarakat Rohingya hidup dalam ketakutan apabila dizalimi dengan kejam. Malaysia tanpa berselindung menghulur tangan mendakap kaum minoriti terbabit. Sudah tentu kerajaan Malaysia membantu dengan cara yang bijaksana supaya hubungan diplomasi kedua-dua negara tidak tercalar.

Bersandarkan pada itu, Malaysia terus menerima pengiktirafan demi pengiktiran oleh masyarakat Islam seluruh dunia. Peranan Malaysia terhadap dunia Islam bukan lagi menjadi satu tanda tanya tetapi lebih kepada soal kebertanggungjawaban.

‪#‎Malaysia‬ ‪#‎NegaraBerdaulat‬ ‪#‎Islam‬ ‪#‎Global‬

Sumber : Friends of Kedaulatan

No comments:

Post a Comment