AdSense

Wednesday, August 3, 2016

STRATEGI KOMUNIS : DULU DAN SEKARANG


Komunis, semua orang tahu bagaimana kejam dan zalimnya mereka ketika menduduki Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Bermulalah detik hitam sejarah Tanah Melayu apabila ejen-ejen komunis memasuki Tanah Melayu sekitar tahun 1920 melalui Indonesia. Agenda utama pada ketika itu hanyalah satu iaitu mempengaruhi penduduk untuk menyertai gerakan mereka.


Racun ini disuntik sehinggalah pada zaman penjajahan Jepun dengan tertubuhnya nama Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau dikenali sebagai Bintang Tiga.

Tidak cukup dengan itu, gerakan ini cuba berselindung disebalik nama Melayu apabila menubuhkan Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) di Pahang pada tahun 1949. Kumpulan ini juga digelar sebagai militan Melayu.

Antara propaganda yang popular digunakan komunis ialah, kerjasama antara fahaman komunisme dengan Islam demi memajukan masyarakat orang Melayu. Lebih dahsyat, mereka mempraktikkannya dengan bertandang ke masjid-masjid dan bersembahyang bersama-sama orang Melayu!

Memetik kajian Ho Hui Ling, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya bertajuk Gerakan Komunis dan PKM : Penelitian Terhadap Usaha Komunis Mempengaruhi Orang Melayu 1920 - 1989, walaupun pergerakan komunis dan PKM didominasi oleh orang Cina, namun mereka tidak lupa tentang pentingnya penglibatan serta sokongan orang Melayu dalam gerakannya.

Oleh itu, pelbagai usaha dijalankan oleh PKM untuk menarik penyertaan orang Melayu dalam gerakan mereka bersama-sama dengan kaum lain. Bagaimanapun, penyertaan orang Melayu dalam gerakan komunis adalah amat kurang berbanding dengan orang Cina dalam PKM.

Penulis tidak berniat untuk menyentuh secara mendalam tentang penglibatan mana-mana kaum di dalam gerakan komunis ini. Cuma apa yang hendak penulis tekankan ialah mengenai strategi yang mereka gunakan untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai republik komunis.

Strategi ini berubah mengikut peredaran semasa. Sekiranya mereka mahu mengangkat senjata, sudah tentu peruntukkan undang-undang dalam negara seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan seumpamanya dapat mengekang niat jahat mereka. Disamping itu, kekuatan pasukan keselamatan negara juga menjadi benteng utama sekiranya terdapat unsur-unsur keganasan yang cuba ditimbulkan.

Jadi, apa strategi mereka di era moden ini?

Terfikirkah anda bagaimana gerakan komunis bergerak? Mengenakan pakaian seragam tentera berwarna coklat dengan topi tertera logo Bintang Tiga dan bersiar-siar di Sungei Wang Plaza?

Tidak...

Sebenarnya, gerakan ini tidak pernah mati. Mereka sentiasa mengemaskini susun atur strategi bagi merealisasikan cita-cita nenek moyang mereka.

Hari ini, mereka cuba menyelinap mengikut 'pintu demokrasi' dan kepimpinan dengan menubuhkan badan-badan bebas (NGO), melahirkan pemimpin dan aktivis yang lantang termasuk artis!
Biarpun kelihatan suci, tetapi di dalam jiwa mereka dipenuhi dengan agenda komunis. Darah perjuangan nenek moyang mereka suatu ketika dahulu masih lagi mengalir dan semangat yang ada tidak pernah sejuk.

Ini bukan cakap kosong. Tumpukan perhatian anda kepada beberapa badan NGO, pemimpin, aktivis dan artis yang bersifat ekstrem. Mereka tidak akan tergamak untuk bertindak ekstrem sekiranya memahami prinsip-prinsip di dalam Rukun Negara sehingga memadamkan semangat patriotik dalam diri.

Ekstrem yang dimaksudkan ialah seperti menyentuh isu keagamaan, perkaumanan dan mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan. Seolah-olah mahu mengubahnya.

Ciri-ciri ekstremis cuba diterapkan melalui cara penyampaian pemimpin, aktivis dan artis mereka. Mereka memperolehi sokongan samada daripada peti undi mahupun peminat yang menyanjungi keterampilan artis mereka.

Masing-masing memainkan peranan sendiri. Begitu juga dengan gerakan aktivis mereka antara lain bergiat aktif di media sosial.

Tidak lupa, gerakan komunis juga tidak mustahil aktif di persekitaran kejiranan. Ini kerana, strategi mendekati masyarakat masih dipraktikkan bagi meraih sokongan. Sejarah terdahulu sudah menceritakan, gerakan komunis tidak boleh berjaya sekiranya disertai satu-satu kaum sahaja.

Penulis percaya, gerakan ini sedang dipantau pihak berkuasa walaupun ia sedikit sukar untuk dibuktikan kesalahan mereka. Namun apa yang penulis ingin sampaikan dalam penulisan ini ialah tentang gerakan komunis yang tidak pernah mati dan masih bergiat aktif dalam mencapai cita-cita nenek moyang mereka.

Mungkinkah mereka pemimpin, aktivis atau artis yang anda dan keluarga sanjung hari ini tanpa sedar?

‪#‎Komunis‬ ‪#‎TanahMelayu‬ ‪#‎Malaysia‬ ‪#‎AncamanKomunis‬

Sumber : Friends of Kedaulatan

No comments:

Post a Comment