AdSense

Saturday, August 13, 2016

Kerajaan dah ajar molek, datang pembangkang suntik racun pemberontak


Orang yang cakap Malaysia hendak bankrap dan tidak maju itu sebenarnya terdiri daripada kalangan puak yang tidak berpijak pada realiti.

Mudah saja, mereka cuba menggambarkan Malaysia mundur dibawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Jadi, mereka mahu masyarakat menukar kepimpinan. Kononnya kalau masyarakat memilih mereka, maka negara akan lebih maju. Barangkali lebih maju dan kedepan berbanding Amerika dan China.

Sedang sibuk mereka mencanang pelbagai cerita buruk tentang Malaysia, tanpa sedar mereka telah membelakangi masyarakat marhaen di bawah. Mereka lupa untuk jenguk masyarakat akar umbi. Dalam kepala mereka, masyarakat Malaysia adalah mundur.


Hakikatnya, masyarakat Malaysia hari ini sudah cukup selesa dengan kehidupan yang dinikmati hari ini. Tanpa ada campur tangan asing, Malaysia dipandu sendiri mengikut amalan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Semakin hari semakin ramai masyarakat yang mengisytiharkan diri mereka sebagai penyokong Najib Razak, penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN), biarpun puak pembangkang melabelkan mereka sebagai pemakan dedak!

Hanya sebilangan kecil kumpulan kecewa yang kekal kecewa.

Berbalik kepada soal kemunduran, hendak bakrap dan pelbagai versi negatif tentang Malaysia, Suara Lensa dengan penuh sukacita mengajak pembaca untuk bangun daripada mamai.

Sampai bila kita hendak mengiyakan tuduhan gabungan parti pembangkang? Golongan belia misalnya, perlu dipimpin dengan nilai-nilai positif, bukannya dengan cara menyuntik api kebencian sepertimana yang sering dilakukan parti pembangkang.

Sememangnya bidang pendidikan dan kemahiran menjadi fokus utama kerajaan semata-mata mahu melahirkan masyarakat Malaysia supaya dapat berdiri sama tinggi dengan masyarakat dunia.


Memetik tulisan Perdana Menteri dalam NajibRazak.com, beliau mengatakan :

Kebanyakan daripada kita hari ini mempunyai lebih banyak maklumat dan pengetahuan dalam telefon bimbit kita berbanding sebuah perpustakaan yang penuh dengan buku.

Seiring dengan itu, baru-baru ini saya telah mengumumkan #mydigitalmaker, integrasi Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer ke dalam kurikulum rasmi sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Integrasi ini adalah sesuatu yang dekat di hati saya, dan amat saya sokong serta alu-alukan. Malah, Malaysia juga adalah negara pertama di ASEAN yang menjadi perintis kepada kurikulum ini dalam sistem pendidikan.

Baca selanjutnya di sini

No comments:

Post a Comment