AdSense

Friday, August 26, 2016

PKS perlu contohi budaya Jepun


Lambat membuat bayaran atau melengah-lengahkan pembayaran merupakan satu risiko terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


PKS akan berdepan kesukaran membabitkan pengurusan kewangan termasuk memberi kesan terhadap aliran tunai sekiranya mereka meneruskan tabiat buruk sedemikian.

Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyarankan supaya mencontohi budaya perniagaan masyarakat Jepun.

Masyarakat di sana terkenal dengan prinsip disiplin dalam rutin kehidupan, begitu juga dalam bidang perniagaan apabila melangsaikan hutang-hutang atau pinjaman mereka tepat pada masanya, tanpa ada bertangguh-tangguh atau tertunggak.

Sikap lewat membuat bayaran sudah menjadi amalan biasa masyarakat Malaysia.

Kajian yang pernah dibuat oleh SME Media Group dan Universiti Antarabangsa Inti menunjukkan, 73% pengusaha perniagaan berpendapat bahawa tabiat buruk itu sudah menjadi budaya perniagaan di Malaysia.

Kini, terpulang kepada diri masing-masing... Mahu berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment