Monday, August 15, 2016

Kaki penipu mengamuk dapat malu


Fuh! Bukan main kasar lagi kata-kata seorang bekas banduan yang pernah dihukum penjara 8 tahun dan 4 sebatan atas kesalahan menipu ini.


Pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijadikan sasaran apabila dihambur dengan kata-kata kesat oleh seorang bekas banduan bergelar 'Datuk' yang secara jelas menonjolkan imej seorang yang tidak bertamadun.


Berdasarkan kata-kata maki hamun Penasihat Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail dihadapan pengamal media, beliau dengan lagak seorang samseng kononnya mahu membela nasib pemandu teksi dalam negara.

Katanya, pemandu teksi tidak lagi boleh cari makan dek kerana wujudnya perkhidmatan Uber dan Grabcar.

Nampaknya tindakan Shamsubahrin tidak ubah seperti seekor katak kembung yang baru keluar daripada tempurung. Tidak tahu menahu perkembangan yang berlaku pada hari ini, tiba-tiba saja mahu melompat tanpa hala tuju. Beliau juga mungkin sudah lupa atau tidak lagi reti membaca akhbar-akhbar BUKAN FITNAH.


Sedangkan semua sedia maklum SPAD dan kerajaan sudahpun / sedang menjalankan pelbagai inisiatif dan usaha penambahbaikan industri pengangkutan awam darat dalam negara termasuk teksi. Jika enggan membuat carian menggunakan enjin Google, cari saja dalam blog Suara Lensa ini. (kotak 'Search' di atas sebelah kanan). Ada pelbagai artikel BUKAN FITNAH di dalam blog ini yang boleh dijadikan bahan rujukan terutamanya buat Shamsubahrin.



Realitinya, SPAD telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bertujuan untuk meningkatkan taraf industri perkhidmatan teksi di Malaysia. Ini adalah untuk memenuhi keperluan penumpang dan telah dilaksanakan di bawah Program Transformasi Teksi di dalam komponen utama Bidang Keberhasilan Utama Negara untuk Pengangkutan Awam Bandar (NKRA UPT). Program dimulakan dengan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada tahun 2012. Shamsubahrin dan puak-puaknya boleh jadikan pautan ini sebagai rujukan

Aneh, apabila Shamsubahrin tidak pula menyentuh tentang permasalahan yang datang daripada segelintir pemandu teksi itu sendiri. Acap kali Suara Lensa menyebut tentang masalah disiplin, kebersihan dan sifat-sifat negatif yang sepatutnya diperbaiki segelintir pemandu teksi.

Sebenarnya, Shamsubahrin barangkali sudah lama tidak turun ke lapangan di bawah untuk membuat 'homework' sendiri. Lihatlah dan dengarkan pula keluhan orang ramai tentang masalah-masalah yang dibawa oleh segelintir pemandu teksi ini sehingga mereka memilih Uber dan Grabcar sebagai mod pengangkutan awam.

Namun apa yang paling mencuit hati, Shamsubahrin siap ugut kerajaan lagi.... Katanya jika Uber dibenarkan perkhidmatannya maka seluruh pemandu teksi akan beralih sokongan kepada parti kroni Mahathir - Pribumi Bersatu.

Maka benarlah apa yang berlegar-legar dikalangan pengamal media bahawa sidang media Shamsubahrin ini diadakan semata-mata mahu membuat kenyataan politik. Isu teksi dan Uber hanya sebagai umpan penarik saja. Beliau bukannya mahu membela nasib pemandu teksi sangat. Jika tidak, sudah lama beliau bersuara atau membantu memperbaiki industri teksi dalam negara.

Barangkali beliaulah dan rakan-rakannya yang merosak serta mencemarkan industri teksi dengan menonjolkan imej samseng, kotor dan menipu selama ini...

Untuk makluman pembaca, The Sun Daily bertarikh 18 Mei 2015 melaporkan bahawa Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.


Nah! Amukkan Shamsubahrin seperti meludah ke langit. Nasihat Suara Lensa, buatlah 'homework' terlebih dahulu. Jika tidak, kamu hanya akan menunjukkan kebodohan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment