AdSense

Tuesday, August 16, 2016

BATAL KAWAL SELIA TEKSI : Sokong atau kecam?


Cadangan untuk membatalkan kawal selia peraturan untuk perkhidmatan teksi adalah bertujuan meletakkan industri berada di atas platform sama dengan perkhidmatan Uber dan Grabcar.


Jadi keputusan ini sewajarnya disambut baik oleh pengusaha dan pemandu teksi seluruh negara.

Bagi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pembatalan kawal selia tersebut berikutan banyaknya peraturan dan akta yang terdapat dalam industri teksi sekaligus merumitkan sesuatu situasi.


"Peraturan ketat dikenakan terhadap teksi tetapi tidak kepada perkhidmatan Uber dan Grabcar. Ini sesuatu yang tidak adil."

Kenyataan Liow yang juga Presiden MCA ini cukup jelas bahawa kerajaan sentiasa berlaku adil terhadap semua pihak. Bukannya senang untuk menangani isu teksi VS Uber dan Grabcar ini.

Kerajaan tentunya sedang dan telah membuat tindakan berupa 'win-win situation'.

Inilah cara kerja pentadbiran kerajaan yang kalau boleh semua pihak akan dijaga dan dibela dengan baik.

Tambah Liow, cadangan pembatalan kawal selia ini juga akan menjadikan semua pihak terutamanya di dalam industri pengangkutan awam akan lebih berdaya saing dan fleksibel.

Tidak cukup dengan itu, pihak kerajaan juga membuka pintu cadangan seluas-luasnya kepada pemain dalam industri jika mereka mempunyai idea penambahbaikan yang lebih baik.

Disamping itu, perkhidmatan Uber dan Grabcar juga seharusnya didaftarkan di bawah agensi penguasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya proses kawalan selia perkhidmatan dapat dijalankan dengan tersusun dan efektif.

Barangkali ada dikalangan pembaca yang memikirkan, samada Uber dan Grabcar akan dikenakan cukai atau sebaliknya.

Liow mengatakan, ia tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Kewangan. Namun dalam masa sama Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong menyifatkan mana-mana perniagaan yang hendak dijalankan tentunya tidak terkecuali daripada membayar cukai.

Ia senario yang normal dan memberi manfaat kepada semua pihak bagi sesebuah negara yang berkembang maju seperti Malaysia.

Diharapkan, usaha-usaha penambahbaikan untuk industri pengangkutan awam darat khususnya teksi dapat berjalan dengan lancar seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment