AdSense

Sunday, August 14, 2016

Parti kroni Mahathir DIKTATOR


Parti yang ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama kroni Tun Dr Mahathir Mohamed - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat tidak mewakili semua kaum.


Malaysia merupakan sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk atau berbilang kaum, jadi parti Pribumi Bersatu hasil ciptaan kumpulan kecewa itu secara jelas tidak menepati kehendak rakyat secara keseluruhannya.

Ia diakui sendiri oleh orang lama dalam politik yang juga merupakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika memberi respon terhadap penubuhan parti serpihan UMNO tersebut.

Liow tegas mengatakan parti Pribumi Bersatu hanya memainkan sentimen bumiputera semata-mata. Mereka tidak berupaya untuk mempromosikan kerjasama semua kaum sepertimana yang dianjurkan Barisan Nasional (BN).

Lihat saja BN, dibawahnya didokong oleh parti-parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain yang secara efektif mendekati masyarakat berbilang kaum dalam negara.

Bagi penulis, parti Pribumi Bersatu ini tidak jauh bezanya dengan parti DAP. Jika DAP popular dengan gelaran parti Dinasti Lim, untuk Pribumi Bersatu ini mungkin akan dilabel sebagai parti Kroni Mahathir.

Hakikatnya, ada benar juga kenyataan Liow. Di Malaysia, rakyat perlu dibela secara menyeluruh. Bukan hanya tertumpu pada sesetengah pihak sahaja.

Lihat saja sejarah-sejarah politik yang pernah berlaku dalam negara ini, mana-mana parti politik yang ditubuhkan untuk memperjuangkan karier politik individu tidak akan kekal lama.

Samada sekejap atau lambat, rakyat akhirnya akan menyedari bahawa kepentingan negara adalah lebih utama berbanding kepentingan peribadi orang politik.

#NexusClinic #Selfish #Dictator

No comments:

Post a Comment