AdSense

Thursday, July 28, 2016

Tambahbaik sistem teksi. Kenapa bantah?


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru saja membuka mulut untuk memperkenalkan sistem 'Kad Pemandu' kepada pemandu perkhidmatan Uber dan Grabcar, sudah ada segelintir pihak yang berasa panas hati.


Bukan lagi menjadi perkara pelik apabila usaha-usaha membangkang SPAD sudahpun dibuat sejak awal penubuhannya lagi. Ada saja yang tidak betul. Mereka yang asyik membangkang tanpa memberi idea ini kelihatan seperti memiliki agenda serta kepentingan diri saja.

Sedangkan apa yang dirancang SPAD menerusi kenyataan Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar adalah bertujuan mentransformasikan industri teksi dalam negara.


“Kita akan membentangkan perkara ini kepada kerajaan khasnya mengenai syarat mentransformasikan industri pengangkutan awam yang berasaskan konsep teksi agar tidak timbul perasaan tersisih termasuk golongan pemandu teksi (biasa) yang menganggap mereka dibebankan sistem sewa beli atau pajak.”

Jadi, kenapa masih tidak berpuas hati dengan rancangan adil dan seimbang sebegini?

Ia seharusnya dilihat secara menyeluruh berikutan pemandu yang terlibat merupakan individu persendirian serta tidak mempunyai Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Sedia maklum, majoriti penumpang dan masyarakat pada hari ini mula memandang serong terhadap industri teksi atas beberapa faktor. Antaranya berkaitan masalah disiplin pemandu teksi, tidak jujur (enggan menggunakan meter) dan faktor kebersihan teksi yang tidak menyenangkan.

Masalah yang dibawa oleh segelintir pemandu teksi ini kemudiannya menyebabkan para penumpang beralih arah apabila memilih perkhidmatan Uber dan Grabcar sebagai pilihan mereka.

Untuk makluman pembaca, Program Transformasi Industri Teksi sepertimana yang dicadangkan SPAD kepada kerajaan antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan perkhidmatan Uber dan Grabcar dari sudut undang-undang. Ia sekaligus dapat memberi keseimbangan dan menyamaratakan medan persaingan buat pemandu teksi.

Sudah tentu, kesemua pihak ( teksi, Uber, Grabcar dan lain-lain) akan beroleh manfaat secara adil. Segalanya dalam proses dan timbalbalik, usah berasa sangsi dengan mana-mana agensi mahupun pihak berkuasa kerana agenda memartabatkan serta memperhebatkan industri pengangkutan awam darat terutamanya teksi sentiasa menjadi keutamaan.

Apa yang dilakukan SPAD ini tidak lain tidak bukan adalah demi rakyat. Kajiselidik mendapati, 75% pengguna di Malaysia memilih perkhidmatan Uber sebagai pilihan berbanding teksi. 

Inilah realiti sebenar yang perlu dihadam. Ya, ia tetap haram dari segi undang-undang selagi belum diputuskan kabinet. Proses ini bukannya semudah sidang meja bulat penganjuran perlawanan dam haji di warung kopi!

No comments:

Post a Comment