AdSense

Friday, July 29, 2016

MCA salur bantuan tanpa pilih bulu. BUKAN MACAM DAP


Berbeza dengan parti yang satu lagi yang kononnya membela nasib semua kaum, MCA sebaliknya tidak sesekali memilih bulu dalam menyalurkan bantuan atau membela nasib rakyat. Walaupun berbeza kaum dan agama, MCA tetap akan menjadikan slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai prinsip utama parti.


Ini bukan omong kosong. Terbaharu, enam buah rumah uzur di Kampung Tanah Panjis dan Jalan Gemas sekitar Rompin telah menerima peruntukkan RM10,000 setiap unit bagi tujuan membaikpulih.

Gambar ihsan Sinar Harian
Peruntukkan ini disalurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ketua Kampung Tanah Panjis, Tea Kiew Chai menyifatkan bantuan yang disalurkan ini bertujuan membantu penduduk setempat tanpa mengambil kira warna kulit.



Indah bukan suasana harmoni ini. MCA selaku parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) kelihatan lebih proaktif dan relevan berbanding parti DAP yang hanya mementingkan sesetengah kumpulan semata-mata.






No comments:

Post a Comment